Posts

Showing posts from 2012

2 # CELIK MATA HATI

Hati yang satu ketika dahulu buta mulai nampak suatu jalan yang cukup terang Cukup terang namun tidak menyilaukan mata insan lain yang memandang Diberi 'torchlight' oleh Allah dan 'spectacles' dariNYA, pandangan ku kini lebih cerah Ya lebih cerah dari sebelumnya. Semangat baru Strategi Baru dan semestinya hati yang diupgrade menjadi hati yang serba baru ^_^ Alhamdulillah namun hati yang bersih perlu sentiasa diservis, istiqamah lah duhai hati. عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : سُئِلَ النَّبِيُّ صلم أَيُّ الأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلىَ اللهِ قَالَ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ وَقَالَ اكْلَفُوْا مِنَ الأَعْمَالِ مَا تُطِيْقُوْنَ.-رواه البخارى   Ertinya :” Dari Aisyah r.a. berkata : Nabi pernah ditanya :”Manakah amal yang paling dicintai Allah? Beliau bersabda :”Yang dilakukan secara terus menerus meskipun sedikit”. Beliau bersabda lagi :”Dan lakukanlah amal-amal itu, sekadar kalian sanggup melakukannya.” (HR. Bukhari) *Begitu tersentuh dengan penyampaian Sheik

Semangat Membara

Bismillahirrahmanirrahim Jam tepat menunjukkan jam 12.16 am 14 Disember 2012 Mata mulai kuyu namun hati berdegup kencang menandakan ketidaktenangan segumpal darah ini. "Boleh ke akhawat ni buat?" Dushh, soalan yg cukup menaikkan temperature dalam badan yang pada awalnya normal seperti manusia yang lain. Nak sahaja aku menjawab, "mungkin kami nampak x serius dan mungkin x matang, dan kami akui ketidak seriusan kami, tetapi itu bukan bermakna kami lemah dan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan" Namun itu cuma hasrat yang terpendam dan terendam. Hakikat sebenar bukan kami tidak serius, bukan kami tidak tahu betapa setiap unit itu berfungsi menggerakkan sesebuah program, tetapi fahamilah, kami akhawat yang normal, pertama kali berganding bahu dan pertama kali bertemu dan bermusyawarah seperti itu, semestinya kami nervous. Dan melalui keraguan itu, mulai timbul satu rasa yang tidak enak, saat kredibiliti kita diragui, kita akan jadi eager untuk melakukan

1 # BLIND

Image
بسم الله الرحمن الرحيم "Ya Allah, bantulah aku untuk dapat mengingati-Mu, mensyukuri-Mu, dan beribadat dengan baik kepada-Mu. "  Buta lebih merujuk kepada mata. Ramai yang tertanya bagaimana insan-insan yang tiada nikmat penglihatan meneruskan kehidupan mereka. Mungkin juga ada yang kasihan kerana memikirkan golongan-golongan ini hilang satu nikmat yang cukup berharga,  tetapi mungkin kita tidak menyedari,  di saat mata mereka buta,  hati mereka menjadi sangat terang. Mungkin lebih terang dari sang purnama dan sang mentari, dan mungkin lebih dekat denganNya. Kerna apa? Kerna Allah melindungi mereka dengan mengambil nikmat penglihatan mereka, melindungi mereka dari dugaan di dunia yang ramai celik mata sudah terpedaya. Mungkin juga diriku sendiri. Terlalu leka dengan dunia yang dilihat indah melalui nikmat mata ini. Hakikatnya dunia ini hanyalah persinggahan semata. Liqa' baru-baru ini benar-benar terkena, terkena ba

Parok. I.C.U.

Tersentap Siapa? Semestinya diri sendiri. Bukan tersentap perkataan yang paling sesuai digunakan, tetapi terguris. Bukan terguris dengan hinaan atau cercaan, tetapi terguris dengan hakikat yang sebenarnya. Diri sering mengingatkan orang lain jangan menjadi fitnah buat agama, jangan hanya kerna sibuk dengan urusanNya, segelintir perkara diabaikan. Lantas berbagai spekulasi mula diutarakan, "sibuk sangat, slow down sikit semua 'aktiviti' tu buat sementara waktu ni, biar mantain pointer dulu" Saat telinga menangkap ayat itu, jelas aku telah melakukan kesalahan yang sangat besar, kerna prestasiku yang kurang berwarna warni, 'aktiviti' ku di persalahkan. Bukan 'aktiviti' itu yang patut dipersalahkan, tetapi diriku sendiri. Hatiku terguris, terguris kerna menyedari insan lain menyangka prestasiku adalah kerna kesibukanku, TIDAK! Tidak sama sekali. Jikalau benar aku teruk sekalipun, bukan kerna kesibukanku, bukan kerna kepadatan waktuku demiNya, kerna jalan y

'La Adri', mampukah?

Menuntut Ilmu tidak kan pernah berhenti, ia hanya berhenti saat kita menghela udara yang terakhir. Namun satu aspek yang sukar bagi kebanyakan daripada kita untuk diakui. Malahan bagi tenaga pengajar juga sukar mengakuinya. Mengakui bahawa diri tidak mengetahui. Mengatakan bahawa " saya tidak tahu ", " ana la adri " Hanya tiga perkataan namun begitu susah untuk dikeluarkan dari mulut kita. Mengapa? Mungkinkah kerna kita takut org sekeliling mengatakan kita kurang bijak, kurang ilmu. Namun hakikatnya, 'tidak tahu' bukan bermakna kita bodoh, 'tidak tahu' bukan bermakna kita ini tidak lagi layak untuk dijadikan tempat rujukan. Rasulullah SAW pernah berpesan, "Ilmu itu ada tiga bahagian: Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu)" (Hadis direkodkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, hadis marfu') Kemuliaan seorang yang berilmu atau ulama' itu bukan sahaja terleta

Straight To My heart

Image
bukan hiasan semata-mata In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful Pernah rasanya hati sesak sesak sepertimana diri rasa ingin benar menangis sekuat hati namun tidak tahu apa puncanya semuanya kelihatan baik sahaja tapi hati ini..... segumpal darah ini terasa tidak tenang Pernah rasa di saat kita benar-benar mahukan seseorang untuk meluahkan, tapi kelihatan seperti semua sibuk dengan urusan masing-masing. Atau lebih tepat lagi gembira dengan urusan masing-masing. Allah sentiasa ada. Memang benar, itu memang benar. Tapi tipulah kalau kata hidup complete tanpa ada insan lain. Hati ini seperti ada compartment yang specific. Tiada satu, ia akan terasa kosong. - Allah - Rasulullah - Al-Quran - Keluarga - Sahabat - Ilmu Di saat ini, terasa compartment sahabat itu rompong Mungkin salah sendiri yang kurang bertegur di fb atau sms Segan untuk menghubungi sahabat yang jauh Tapi Demi Allah, hati ini amat merindui kalian mungkin rindukan insan

Rasa Hati

Malaysia, Tanah Airku Pemimpin masa kini sepatutnya menjadi ikon Islam, tapi lihatlah sendiri, media mana sekalipun, sangat sukar untuk dipercayai. Sibuk tikam, menikam dan ditikam kerana politik hingga lupa siapa empunya segala. Lupa sebenarnya yg mmbezakan kita di hadapan Allah hanyalah Iman di dada. Lupa sehingga sanggup menjatuhkan maruah insan lain. Lebih tepat lagi menjatuhkan maruah saudara seagama. Satu sahaja soalan untuk kalian, IS IT WORTH IT? percayalah, ia langsung x worth it. Berhubung isu saudara di Gaza, pihak NGO hanya dibenarkan turut sama membantu atas dasar keamanan, namun disebabkan isu politik, kerjasama itu dihentikan seketika. Apa semua ni? Sibuk kata mereka pembohong, mana janji2mu? Apa pernah mereka fikir mana janji2 mereka? Mana keistimewaan Islam itu? Asyik dengan 1 Malaysia, tapi tengoklah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, sering di anak tirikan, dapat elaun: paling lambat, kad siswa : paling lambat. Kalau alasannya kerajaan tiada wang, m

On Your Mark, Get Set, GO!

Bismillahirrahmanirrahim Hamdalillah, hamdalillah, alhamdulillah Allah MELAPANGKAN bagimu supaya kamu tidak selalu berada dalam KESEMPITAN dan Allah menyempitkan bagimu supaya kamu tidak terus hanyut dalam KEGELAPAN, dan Allah MELEPASKAN kamu dari keduanya, supaya kamu TIDAK BERGANTUNG kepada sesuatu selain Allah.. Bersediakah? Sedarkah? Kerna samada kau bersedia atau tidak, ujian itu pasti datang. Samada kau sedar atau tidak, ujian itu bukti Allah menyayangimu. "dan Dialah yg telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur" ( al-mukminun : 78 ) Tersentap? Iya, memang tersentap. Segala2nya Allah bagi, tetapi jarang sekali kita bersyukur. Disebabkan itu Allah sempitkan kita supaya kita tidak terus dalam kegelapan. Dan Allah itu MAHA MENGASIHANI, x kan selamanya Allah kurniakan kita kegelapan, suatu masa Allah akan turunkan hujan agar kegelapan itu pergi dan munculnya sang mentari dan pelangi yang indah. "dan Diala

Bila Digesa Baru Bergerak

Image
Seperti lembu, ditarik baru nak bergerak seperti kuda, dipukul baru mahu berlari. Tidak kurang juga manusia yang kadang begitu. Keinginan sudah ada, tapi lambat sekali ingin bertindak. Konon menantikan waktu yang paling sesuai sedangkan itu cuma alasan untuk bertangguh. Itulah yang aku sendiri rasakan, niat sudah ada, tapi haishh~ alasan tersusun cantek di sisi. nantilah lepas zohor ok lepas maghrib kali ni betul2, lepas isya' sebelum tidur. dan kesudahannya, benda yang sama diulang pada keesokan hari tanpa terlaksana pon niat itu. Memanglah jikalau niat pon kita sudah beroleh pahala disisiNya jikalau niat itu untuk melakukan perkara yang baik, tapi sampai bila mahu bertangguh? Hari ni sudahpun masuk 2 minggu aku bercuti, bagaimana mutabaah ibadahku? sempurnakah? semua ter'tick' kah? Setiap hari bangun pagi dengan azam yang berkobar2, mahu melakukan itu dan ini, tapi mudah saja azam itu luntur ibarat ais yang mengalami proses pencairan. sumenye ibarat hangat2 tahi ayam. B

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bismillahirrahmanirrahim Hingga kini kita dilimpahi dengan pelbagai nikmat dan rahmat dariNya Dari hujung rambut hingga hujung kaki, semuanya nikmat dariNya Bayangkan seandainya kening kita tak pernah berhenti tumbuh? tiap2 hari sebelum ke kelas perlu 'trim' dulu kening Bayangkan seandainya kita x kan pernah berhenti meninggi, berapa agaknya tinggi kita saat umur kita mencecah 30 tahun dan ke atas? Lihatlah, betapa rapi Allah susun segalanya. X tercapai dek akal kita untuk menyelidiki bagaimana Allah menciptakannya. Pernah sekali ku terfikir tatkala sedang sibuk mengulangkaji pelajaran, ku cuba mencari dan mengaitkan setiap apa yang dipelajari denganNya, dan ku melintasi GENE MUTATION, dan bertemu dengan penyakit TAY SACH'S disease. Penyakit yang dikaitkan dengan accumulation of ganglioside. Seketika ku termenung, bukankah kebanyakan iklan di kaca televisyen berkenaan susu tumbesaran bayi mengandungi gangliosida? gangliosida yang membantu nerve system dalam otak. Sekali lag

Sejuk VS Panas

Image
Bismillahirrahmanirrahim Baca entry kalini teringat pada iklan lifebuoy mengapa salahkan cuaca? ^^ bukankah tiap2 sesuatu yang Allah jadikan itu ada pasangannya bukan sahaja cantik vs -cantik gemuk vs kurus kuat vs lemah ikhwah vs akhawat tapi hakikatnya setiap yg ada disekeliling kita juga Allah jadikan berpasangan hujan vs panas terik mendung vs cerah berjaya vs gagal gembira vs sedih Kita sebagai manusia lagilah Allah tidak kn biarkan kita bersendirian hidup di dunia macam2 Allah sediakan hujan ada hikmahnya panas ada hikmahnya tapi sedikit sekali antara kita yang bersyukur, kebanyakannya cuma merungut, ala hujan, nanti baju tak kering panasnya, cair make up I. rambut I x boleh kena hujan, nanti mutated Pernah tak kita terfikir sekiranya Allah tak ciptakan sebegini? panas throughout the day, hujan tak henti2, itulah fungsi akal, use it, jangan biarkan berkarat, fikir dan tadabbur alam, banyak yang kita boleh pelajari hanya dengan alam, langit, la

Kembali padaNya

Image
Bismillahirrahmanirrahim Kita memang manusia, memang annisyan, mudah terleka dan trlupa, trlupa yg kita hanya hidup seketika, bila2 masa sahaja Allah akan menjemput kita kembali padaNya. Kita mulai sedar saat Allah menjemput org di sekeliling kita, kita mulai terjaga dari lena bahawa kita juga mungkin insan seterusnya, siapa tahu kn? SETIAP YG BERNYAWA, PASTI AKAN MATI suduh cukupkah bekalan utk hidup di alam sana? sedarlah duhai diri, tegaskan dlm diri mtlmt hidup di dunia, usahlah terus terlena "Demi MASA, sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan yang beramal soleh, dan juga yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran " ( al-'asr)

I Won't give up

Image
Bismillahirrahmanirrahim, I won't give up on us Even if the skies get rough I'm giving you all my love I'm still looking up Yes, I won't give up. Mmg kelihatan impossible Tapi aku yakin, jikalau niat kita ikhlas keranaNya, pasti Allah akan bantu. Memang semua lihat, "letihnya, x sempat nak study, nak perform lg, nak stay dlm course kena 3.9 above" memang aku x nafikan semua tu. siapa kata x letih? siapa kata banyak masa untuk aku study? kadang2 kalau ada masa free sgt brsyukur, tp tu pun ckup kalut fikir nak isi dengan apa untuk manfaatkan waktu terluang tu. x nak sekali pun masa free dibuang mcm tu sahaja. Tapi di sebalik itu semua, pasti ada sesuatu yang Allah rencanakan, rewind kembali di saat ku membuat keputusan, aku sendiri trfikir asbab yang kukuh mengapa ku memilih sebegitu,sdgkn kbykn nasihat yg ku terima menyokong agar ku extend waktu pmbljrn ku. Tnpa disbbkn asbab yg kukuh, aku begitu yakin dengan ke

Perlu ke berasa cemburu?

Melayari laman sesawang, menghadap muka buku menyaksikan segalanya. Apa sahaja yang berlaku di tempat ku menimba ilmu, mudah sahaja untuk ku ketahui. untunglah begitu kerana aku bukan jenis yang rajin ingin menjelajah. menyaksikan satu fenomena yang kian hangat dan dikatakan kuno jika kita tidak pernah mengalaminya fenomena couple   Perlukah? Perlukah berasa cemburu lantaran orang lain ada tempat berteduh, meluahkan perasaan, meski meluahkan rasa marah kerana pemadam hilang sekalipun? Semestinya TIDAK! kerna apa? kerna kita punya Allah. cukuplah saja Allah bagi kita, Dia yg terbaik, tmpt utk kita bergntung. x sanggup aku menggadaikan kasih syg Allah hny kerna seorg ikhwah atau akhawat duhai teman, ku tahu di saat kau merasakan ada org yg menyayangimu, dan dirimu juga menyayanginya, dunia ini kau rasakan tiada masalah, semua masalah bisa di atasi, di saat kau rasakan dunia ini milik dikau, dimanakah posisi Allah di hatimu? mungkin smpai solat tidak menjadi khusyuk kerana

Amanah + Tanggungjawab = redha Allah @ kemurkaan Allah?

Hari berlalu, hanya Allah sahaja yang tahu, letihnya diri, memikirkan tentang midsem examination yang bakal menjelang menambahkan sesak didada, Belum sempurna proses mengulangkaji, namun masih ada satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Berulang alik menjadi 1 rutin harian bersama sahabat tercinta, muka mengalahkan tembok cina, namun digagahkan juga demi amanah yang dibawa. Bukan mudah, namun apabila Allah menetapkan dirikulah orangnya, bermakna aku mmpu mengharunginya. Bukan satu propaganda bila diri mengatakan letih, serius memang tak tipu, sangat letih. Namun apabila merasakan diri kita dinilai sebagai insan yang tidak menyumbang apa-apa, alangkah sedihnya. Namun hati yang percaya Allah itu Maha Adil tidak akan sesekali melatah jika mengalami situasi tersebut. Biarlah orang ingin berkata apa2, kerana Allah tahu segalanya. Alhamdulillah tamat segalanya. Rasa bersyukur kerana diberi kekuatan olehNYA untuk terus thabat hingga ke akhirNYA. Namun pastilah setiap

Every Cloud Has A Silver Lining

Image
Hikmah. Apakah maksud hikmah sebenarnya? Ayat yg selalu kita dgr lantaran berlaku ssuatu di luar dugaan kita. " Pasti ada hikmah disebaliknya " Namun hakikatnya, hanya Allah sahaja yang mmpu merungkai segala rasa yg trbuku di hati. kecewa, sedih, dan kadangkala seolah-olah ingin mmprsoalkn takdir. Namun, rasional kn lah diri kembali. Mmg benar bahawa segala yg berlaku pasti ada hikmahnya. Namun tidak semestinya hikmah itu ada terbentang di depan mata. Dulu pernah satu ketika, pergi ke kedai buku membeli buku latihan untuk mempersiapkan diri menghadapi SPM, buku dipilih berdasarkan penilitian yang cukup rapi. Namun tiba di rumah, buku yang diplih tiada di ssi, gelisah mencari menyebabkan diriku bertanya ummi "ummi, mana buku yang ***** beli tadi?" ummi menjawab " bukan dalam plastik ke?" selepas diteliti resit, mmg sah  buku yang sudah diplih tiada. ummi berkata "ada lah tu hikmahnya, Allah x bg ****** nmpk lg hikmahnya, sabar ye, nnti mesti Allah t

Mewakilkan harapan

Alhamdulillah masih diberi peluang olehNYA membaiki diri, masih dikurniakan insan yang sentiasa menyedarkan diri tentang kesilapan dan kesalahan. "Benar kejayaan yang diimpi memerlukan usaha dan pengorbanan yang tinggi, namun jangan sesekali beranggapan bahawa kejayaan yang sudah dimiliki hasil usaha kerasmu " Konsep sebenar tawakal kita selama ini mungkin sudah tersasar drpd yang sebenarnya, hanya kerana kita berusaha sehabis daya, mengorbankan tidur dan makan minum kita, tidak bermakna Allah akan mengurniakan kejayaan yg diimpikan. Koreksi diri kembali, sekerap mana tahajud kita? Sebanyak mana bacaan ayat-ayat suciNya? Khusyukkah solat kita atau di kepala masih terigt formula2 utk ujian yang bakal tiba? Jikalau segalanya positif, alhamdulillah. Namun Allah itu Maha Bijaksana, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Jikalau doamu tidak trjawab, pasti ada cara lain Allah memakbulkan doamu. 3 Cara Allah memakbulkan doa hamba-hambaNya  ^^ Diperkenan doanya ketika di du

Sahabat

Bulan Mei dan Bulan Jun Bermulanya perjuangan kita setelah lama mengumpul tenaga di rumah masing-masing kini tiba masa kita berjuang semula Sahabat, x pernah ku jangka kita bisa serapat ini, x pernah ku sangka aku akan merasa sesedih ini atas pemergian kalian di saat seorang demi seorang mula mendaftarkan diri dan bermulalah perjalanan sebagai seorang siswi, apa mungkin ada lagi kesempatan untuk kita bertemu? apa mungkin ada lagi kesempatan untuk aku menyakat dan disakat kalian? Di sebalik ini semua, ku tahu ada hikmahnya. ini semua ujian drpdNya untuk mengukuhkan lagi ukhuwah yang terbina ingatkah kalian ketika di KUANG K.I.T.A~ kita berjanji akan saling menjaga ukhuwah ini, meski kita jauh beribu batu, kita akan tetap saling mengingati apabila kita mengingati Allah kerana niat kita membina tali persaudaraan ini adalah kerana Allah. ketahuilah, meski kalian hanya ke USIM di Nilai, tapi entah mengapa aku terasa kalian begitu jauh, walhal teknologi masa kini me

Sudahlah~

Image
IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL Dengan nama Allah, aku memulakan bicara. Kebelakangan ini, banyak perkara berlaku yang mendebarkan, yang menggembirakan, yang menyebabkan aku meraup muka sambil beristighfar menyesali perbuatan sendiri namun segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tetapi bergantung pada diri untuk mengambil iktibar atau tidak atas apa yang telah berlaku. “ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW. Dan andai nya sesuatu berlaku, itulah yang terbaik buat diri kita. Usah menyalahkan Allah. Usah menyalahkan orang lain. Seandainya apa yang paling kita ingini tidak berjaya dimiliki, percayalah, ada sesuatu yang dirancang oleh Allah yang lebih baik dari apa yang

One STEP Closer

Bismillahirrahmanirrahim One Step Closer, bukan event yang di adakan oleh PEMBINA, namun khas buat event yang dari ke hari ke hari makin menghampiri, Tekaan di minda semakin dekat dengan tarikh program, makin mudah segala urusan, namun kali ini istimewa sungguh.. benar2 awesome awal2 kelihatan tenang, lancar.. namun ketika hampir tiba di penghujung, bertubi2, bertimpa2 ujian, Disebabkan itu ALLAH dan RASULNYA sentiasa menekankan tentang berkerja dlm jemaah.. segalanya dalam JEMAAH. x mungkin dapat ditangani ssuatu ujian itu seandainya diri keseorgn mengharunginya... mungkin menjadi seperti tebing pantai, yang makin lama makin terhakis dek hempasan ombak yang kuat.. Lantaran itu hanya seketika diri terasa begitu lemah, hanya seketika diri ini melatah, kerana diriku tahu ada insan2 yang istimewa sntiasa di sisi, yang akan sntiasa mmberikan sokongan dan bantuan walau apa yang berlaku kelak. ALLAH yang sentiasa di sisi dan juga sahabat yang mengharungi susah dan sen

Ia Hadir lagi

Image
Alhamdulillah, bulan ini sungguh istimewa, hampir setiap hari ada sahaja, ALLAH benar2 menyayangiku. Namun kali ini, tewas seketika, air mata yang sudah lama tidak tumpah, terasa mudah sahaja menuruni pipi meninggalkan tear gland yang ALLAH ciptakan, puas ditahan, namun air mata terlalu teguh ingin menunjukkan dirinya. mungkin kerana kesan yg mendlm di hati akibat simpan terlalu lama Bulan APRIL bulan yang paling banyak trmenung trmenung mrenung semula dosa2ku dlm hatiku trdetik "ALLAH sedang mnyucikan diriku, trus bertahan demi NYA dn syurgaNYA!" Sedikit demi sedikit, air mata yang turun itu seolah2 memberikan satu suntikan, satu booster, untukku kembali bersemangat Ujian yang hadir itu semua seolah2 seperti angin yang hadir dan pergi aku kini sudah kebal dgn ujianNYA Syukran Ya ALLAH, ujian yang hadir bertimpa2 ini, menjdikan ku kini lebih kuat drpd sblumnya Meskipun selepas hadir semua itu, masih belum ada berita baik maupun khabar yg menceri

Mujahadah

Tanggal 14 April 2012 Aku diuji, benar2 diuji, hampir sahaja ku tewas namun Allah masih bersamaku, Allah mengurniakan daku sahabat2 yang sentiasa ada di sisi, Di saat Allah mengujiku dengan apa yang aku sendiri sering perkatakan, benarlah mujahadah itu perit, disebabkan itu Allah kurniakan syurga buat sang mujahid dan mujahidah kerna Allah tahu betapa sukarnya kita bermujahadah meskipun melawan nafsu sendiri Dendangan lagu You Raise Me Up benar2 menyedarkan aku betapa kerdilnya diriku ini betapa kecilnya ujian ku jika dibandingkan dengan ujian Rasulullah yang tercinta namun belum prnah Baginda berptus asa, berpatah semula meninggalkan dakwah yang dibawa namun aku? belum diugut bunuh, belum dibaling batu atau sampah sudah goyah... YA, lemahnya diriku rapuhnya imanku Duhai hati, kuatkanlah dirimu, perjalanan kita masih jauh, masih banyak yg perlu kita raih utk mengejar redha Sang Pencipta, masih banyak perkara yg perlu kita laksanakan utk merebut syurga yg tertin

Mereke Masih Ada - Hargailah

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillah Mereka masih ada disisiku Mengenggam tanganku di saat ku ingin rebah Membimbingmu di setiap sesuatu keputusan yang aku ingin tentukan Ya, mereka masih ada Kini semua sibuk memikirkan ingin berkahwin awal, namun ketahuilah, di saat termeterainya ikatan pernikahan ibu dan ayahmu lah orang yang paling kuat menahan sebak di dada, kerana anak yang ditatangnya dari kecil kini sudah meningkat dewasa anak yang dibelai dan dimanja kini diserahkan kepada si adam, kini si gadis perlu mngutamakan suami kemudian baru si ibu dan ayah Oleh itu, di saat kau membuat keputusan ingin berkahwin, fikirkanlah, adakah selama ni kau sudah meluangkan masa secukupnya bersama ibu dan ayahmu? tidak salah ingin berkahwin awal, namun jangan hanya memikirkan kebahagiaanmu mmg ibu dan ayahmu sangat bahagia melihat anaknya kini di bawah jagaan seorang ikhwah yang soleh * Alhamdulillah Tapi jauh di sudut hati mereka, tersimpa

Ahlan Wasahlan

Image
Bismillahirrahmanirrahim yaahhh, ahlan wasahlan... kedengaran seperti buat wira dan wirawati negara yang baru sahaja pulang ke teratak masing2... tapi malangnya ahlan wasahlan ni ku tujukan buat result SPM yang bakal ku dan semua pelajar yang mengambil SPM pada tahun 2011 terima, bukan buat kalian semua ye....asif jiddan ^_^ Tanggal 21 Mac 2012 Tarikh yang menjadikan semua calon SPM 2011 makan x kenyang, mandi x basah, tapi ajaibnya masih ber muka buku... * hihi~ Namun alhamdulillah, syukur ku panjatkan kepadaNya Ku menerima kiriman khas drpdNya Ku menjadi pelanggan setia kiriman ketenangan itu.... "Ya Allah, tibanya tarikh 21 mac nnti, suatu penentuan buat diriku dan sahabat2ku, meskipun hanyalah secebis jika dibandingkan dgn ujian lain, bukanlah SPM ni suatu titik tolak kami menuju syurgaMU, namun ia penentu masa depan kami, redhakanlah hati kami menerima apa jua kemungkinan, syukurkanknlah diri kami kerana ia yg Kau tetapkan khas buat kami, jika benar kejayaan itu

Ajal Maut? Akan Tiba Giliranku

Image
  السلام عليكم بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Terjaganya aku dek kerana laungan azan daripada telefon menandakan sudah masuk waktu subuh Trsentap kerana terlalu memanjakan diri utk kembali melelapkn mata walaupun alarm jam 4.30 pg sudah pun berbunyi Terus melulu menuju ke bilik air dan berwudhu' masih sempat utk aku menunaikn solat sunat tahajud azan di telefonku biasanya awal beberapa minit usai sahaja solat, tertidur kembali terjaga semula, kecewa sekali lg dgn diri tidak dpt menunaikan solat subuh di awal waktu kemudian, Allah mengilhamkn untukku mengintai sebentar telefon ada 2 sms yg ku terima kedua2nya drpd shbtku Ya Allah, INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI'UN sahabatku meninggal dunia sebaya aku terdetik di fikiranku ajalnya sudah tiba bilakah aku pula? kemudian aku mula runsing jika masanya sudah tiba, sudah cukupkah segala amal ibadahku utk menempah tempat di syurga mungkin sebentar lagi, mungkin sahaja saatku sedang menu