Sudahlah~

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL
Dengan nama Allah, aku memulakan bicara.

Kebelakangan ini,
banyak perkara berlaku
yang mendebarkan, yang menggembirakan, yang menyebabkan aku meraup muka sambil beristighfar menyesali perbuatan sendiri namun segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Tetapi bergantung pada diri untuk mengambil iktibar atau tidak atas apa yang telah berlaku.

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Dan andai nya sesuatu berlaku, itulah yang terbaik buat diri kita. Usah menyalahkan Allah. Usah menyalahkan orang lain.

Seandainya apa yang paling kita ingini tidak berjaya dimiliki, percayalah, ada sesuatu yang dirancang oleh Allah yang lebih baik dari apa yang telah diri kita sendiri rancang.
Allah tidak memberikan apa yang kita ingini sekarang kerana Dia mahu memberikan yang lebih istimewa buat kita.

Mungkin masa yang diambil untuk kembali membina semangat yang telah terbang bersama harapan amat lama. Memang bukan mudah membina kembali semangat yang jauh menyembunyikan diri, mengharapkan satu keajaiban berlaku yang apabila bangun sahaja dari tidur pada keesokan harinya, diri akan kembali bersemangat. Namun kembalilah sedar, tiada perkara yang akan berlaku tanpa usaha sendiri.

Berkorbanlah,
 berkorbanlah sedikit rasa sakit di hati untuk mencapai kebahagiaan di masa hadapan.
Tetaplah yakin dengan Allah.
Seorang mukmin yang sejati tidak pernah menganggap dugaan Allah itu satu halangan,
tidak pernah merasakan apa yang Allah bentangkan meski penuh onak dan duri itu satu yang perit,
kerana seorang mukmin yang sejati itu jelas matlamat hidup di dunia,
mengejar redha dan syurgaNYA.
Tidak mengapa menderita di dunia seketika,
kerana kebahagiaan yang hakiki menanti di akhirat sana. InsyaAllah.

Oleh itu, tetap tabah,
pupuk kembali semangat itu,
tanamkan semula keazaman itu,
di manapun kita berada, itu tidak penting,
kerna yang paling penting niat dan keazaman kita,
biar di pelosok hutan sekalipun, jika Allah menakdirkan dirimu berjaya, pasti kau akan berjaya.

Sudahlah, berhentilah daripada berasa lemah,
ayuh bina kembali kekuatan itu.
Demi Allah dan syurgaNYA! Allahuakbar!

“Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Seorang mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada semua daripada mereka adalah baik, berlumba-lumbalah kamu ke atas manfaat dan mintalah pertolongan daripada Allah dan janganlah bersikap lemah atau malas.” (HR Muslim)



















Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi