Posts

Showing posts from June, 2016

Freeze?

Sakit Pelbagai cara boleh digunakan untuk mentafsir perkataan ini Baik sakit dari segi fizikal, mahupun mental, mahupun emosi Dan ada kala kau tertanya, mengapa sakit ini datang dan pergi Mengapa perlu hadir nya sakit ini ketika kau betul-betul yakin ia takkan kembali lagi Jikalau yang sakit itu hati, Mana mungkin kau mampu menghalang rasa yang menyelubungi Jikalau yang sakit itu hati Mana mungkin kau mampu meneka dan cuba menghalang dari ia disakiti Kerna hati itu sentiasa berbolak balik Kerna yang arif tentang hati ini bukan lah tuan yang mengawal pergerakan badan Tetapi Tuan yang mencipta seluruh dan setiap inci anggota badan Ada sebab, pasti. mengapa hati ini tiba-tiba terusik  dan air mata yang gugur lantaran hati yang sudah terusik, pasti itu rencana Nya Lepaskan rasa yang terbuku Jangan sesekali kau membeku Terus bermujahadah dan jangan mengalah 10 Ramadhan 1437H