Posts

Showing posts from September, 2015

Older, Wiser, Stronger

Zaman sekolah, seringkali didedahkan dengan Halawatul Iman Tanda-tanda kemanisan iman Dan salah satu darinya adalah mencintai insan lain lebih dari dirinya sendiri Sabda Rasulullah SAW : "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim) Masih muda, masih mentah, masih belum jua matang menggunakan akal fikiran Tiada kesan dalam diri ITHAR Apa itu ithar? Melebihkan insan lain, lebih dari keinginan diri sendiri Saat insan lain memerlukan dan kita juga punya keinginan lain, lantas keinginan diri diketepikan dan lantas membantu insan yang memerlukan 12 September 2015 Hari yang cukup bersejarah Bukan buat insan lain, tapi buat d