Skip to main content

Older, Wiser, Stronger

Zaman sekolah, seringkali didedahkan dengan Halawatul Iman
Tanda-tanda kemanisan iman
Dan salah satu darinya adalah mencintai insan lain lebih dari dirinya sendiri

Sabda Rasulullah SAW :
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Masih muda, masih mentah, masih belum jua matang menggunakan akal fikiran
Tiada kesan dalam diri

ITHAR

Apa itu ithar?
Melebihkan insan lain, lebih dari keinginan diri sendiri
Saat insan lain memerlukan dan kita juga punya keinginan lain, lantas keinginan diri diketepikan dan lantas membantu insan yang memerlukan

12 September 2015

Hari yang cukup bersejarah
Bukan buat insan lain, tapi buat diri ini
Tetapi berbeza sekali perasaanya kali ini
Sayu
bukan kerana sedih
Tetapi gembira
Kerana berpeluang hidup dalam lingkungan usia penuh dengan nikmat yang diberiNya

Dan hari ini
berbeza sekali sambutannya
Bukan dengan suprise mahupun prank
Bukan dengan gelak tawa mahupun sesi memotong kek
Tetapi cukup istimewa Allah titipkan

Mula melihat apa itu sebenarnya ithar
Mula melihat apa sebenarnya Halawatul Iman

Istimewa
Ya, tersangat istimewa

Dimana kebiasaannya di hari bersejarah, insan lain yang akan meraikan
Tetapi berbeza
Membantu sahabat di saat memerlukan
Membantu meski sudah letih
Menghulurkan bantuan meski sepatutnya dalam gambaran kau sepatutnya sedang seronok menikmati kek yang enak tak terhingga

Ya, Ithar
Dan kesannya pabila kau mengasihi seseorang kerana Allah, ithar tu senang sahaja dilaksanakan
Meski lelah, senyuman diukir
Meski letih, hati berzikir

Di akhir tarikh 12 september 2015
Air mata gugur
Bersyukur atas segala nikmat yang dikurnia
Bersyukur atas semua ujian, semua dugaan yang menimpa

Duhai diri,
Moga tetap terus tsabat atas jalan ini

Duhai hati,
Moga tetap qawiyy meneruskan sisa hidup di dunia ini

خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada manusia yang lain

Lihat yang di atas dan senyumlah
Teruskan langkah
Kerna matlamat kita hanyalah Allah
Kelak, pasti ada ganjarannya

Sanah Helwah!

Comments

  1. Sanah helwah sis....moga rahmat Allah seiring umur sis...xde hadiah la sis...dlm poket ada cekelat HACKS utk sis ...nah :)

    ReplyDelete
  2. Sanah helwah sis! Moga rahmat Allah seiring umur sis.....xda hadiah la sis...dlm poket ada cekelat HACKS nah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bearable burden

Nampak kan
Betapa Allah itu Maha Adil
Maha Mengetahui

Kadang kita merasakan ujian kita lah yang paling berat
Terlalu berat hingga kadangkala seakan sukar untuk bernafas
Sukar untuk mengukir senyuman
Dan kita lebih memilih untuk berpegang dengan mentaliti
'Orang lain tak kan mampu memahami kerna mereka tak mengalami'

Tahu kenapa mereka tak alami apa yang kita alami?
Kerana apa yang kita alami tu hanya mampu dipikul oleh kita
Hanya kita

Tak sedar?
Tak perasan betapa Allah jadikan setiap hambaNya istimewa?

Pandang sekeliling
Betapa ramai lagi insan yang jauh lebih malang dari kita
Betapa ramai lagi insan yang diuji lebih hebat dari kita

Kita
masih punyai keluarga
Masih punya ibu bapa
Masih punya adik-beradik
Masih punya sahabat
Masih mampu bernafas
Masih mampu makan dan minum
Masih mampu tersenyum, tertawa, menangis

Atas satu ujian yang Allah beri, kenapa terus menghukum diri?
Bersyukur dengan setiap ujian
Kerna boleh jadi di sebalik ujian itu terselit rahmat dan kasih sayang dari…

Seindah bidadari syurga, yuk?

Dia menoleh ke kanan Terlihat seorang insan  Dan persis sama kisahnya Apa yang dilaluinya Dan dirinya amat memahami apa yang dilalui Hati Allah kurnia Mudah berbolak balik Disebabkan itu perlu selalu mohon moga Allah jaga dan pegang Segumpal darah ini yakni hati Selalu tertanya Mengapa kadang hati ini seakan terlalu lemah Dan tiba-tiba terlebih kuat dari biasa Itulah kuasaNya CiptaanNya 'Aku tengok kau kuat' Dirinya tersenyum saat mendengar ayat ini Bukan sekali dua, tapi banyak kali dilontarkan buat dirinya Tapi sedia maklum apa yang dipamer bukan hakikat sebenar apa yang bergolak di dalam Itu rahsia antara empunya hati dan peminjam hati
Siapa tahu saat insan itu mengukir senyuman mesra, tertawa riang dan seakan apa yang dilaluinya itu langsung tiada kesan baginya, namun sebenarnya dirinya sedang berperang sendirian berbekalkan doa dan keyakinan padaNya 'Saat diri diuji, tahap iman kau yang menentukan dengan cara macam mana kau nak harungi. Iman yang bantu kau tetap kuat…

Believe

Ruthlessly
Being thrown into a dark room
Alone and nothing to hold
No words and you just sit there doing nothing agreeing that everything happened because of you

Silly of you
For not realizing and kept forgetting the fact that everything do happened for a reason
Though it might seems that it was impossible to seek for reason when you're in that kind of state

Days passed by
Months
And suddenly almost a year

Still standing
in one piece

Because 'He will not test what you couldn't bear' (2:286)
And 'Verily after every hardship there is ease' (94:5)

Hamdalillah