Posts

Showing posts from December, 2012

2 # CELIK MATA HATI

Hati yang satu ketika dahulu buta mulai nampak suatu jalan yang cukup terang Cukup terang namun tidak menyilaukan mata insan lain yang memandang Diberi 'torchlight' oleh Allah dan 'spectacles' dariNYA, pandangan ku kini lebih cerah Ya lebih cerah dari sebelumnya. Semangat baru Strategi Baru dan semestinya hati yang diupgrade menjadi hati yang serba baru ^_^ Alhamdulillah namun hati yang bersih perlu sentiasa diservis, istiqamah lah duhai hati. عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : سُئِلَ النَّبِيُّ صلم أَيُّ الأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلىَ اللهِ قَالَ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ وَقَالَ اكْلَفُوْا مِنَ الأَعْمَالِ مَا تُطِيْقُوْنَ.-رواه البخارى   Ertinya :” Dari Aisyah r.a. berkata : Nabi pernah ditanya :”Manakah amal yang paling dicintai Allah? Beliau bersabda :”Yang dilakukan secara terus menerus meskipun sedikit”. Beliau bersabda lagi :”Dan lakukanlah amal-amal itu, sekadar kalian sanggup melakukannya.” (HR. Bukhari) *Begitu tersentuh dengan penyampaian Sheik

Semangat Membara

Bismillahirrahmanirrahim Jam tepat menunjukkan jam 12.16 am 14 Disember 2012 Mata mulai kuyu namun hati berdegup kencang menandakan ketidaktenangan segumpal darah ini. "Boleh ke akhawat ni buat?" Dushh, soalan yg cukup menaikkan temperature dalam badan yang pada awalnya normal seperti manusia yang lain. Nak sahaja aku menjawab, "mungkin kami nampak x serius dan mungkin x matang, dan kami akui ketidak seriusan kami, tetapi itu bukan bermakna kami lemah dan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan" Namun itu cuma hasrat yang terpendam dan terendam. Hakikat sebenar bukan kami tidak serius, bukan kami tidak tahu betapa setiap unit itu berfungsi menggerakkan sesebuah program, tetapi fahamilah, kami akhawat yang normal, pertama kali berganding bahu dan pertama kali bertemu dan bermusyawarah seperti itu, semestinya kami nervous. Dan melalui keraguan itu, mulai timbul satu rasa yang tidak enak, saat kredibiliti kita diragui, kita akan jadi eager untuk melakukan

1 # BLIND

Image
بسم الله الرحمن الرحيم "Ya Allah, bantulah aku untuk dapat mengingati-Mu, mensyukuri-Mu, dan beribadat dengan baik kepada-Mu. "  Buta lebih merujuk kepada mata. Ramai yang tertanya bagaimana insan-insan yang tiada nikmat penglihatan meneruskan kehidupan mereka. Mungkin juga ada yang kasihan kerana memikirkan golongan-golongan ini hilang satu nikmat yang cukup berharga,  tetapi mungkin kita tidak menyedari,  di saat mata mereka buta,  hati mereka menjadi sangat terang. Mungkin lebih terang dari sang purnama dan sang mentari, dan mungkin lebih dekat denganNya. Kerna apa? Kerna Allah melindungi mereka dengan mengambil nikmat penglihatan mereka, melindungi mereka dari dugaan di dunia yang ramai celik mata sudah terpedaya. Mungkin juga diriku sendiri. Terlalu leka dengan dunia yang dilihat indah melalui nikmat mata ini. Hakikatnya dunia ini hanyalah persinggahan semata. Liqa' baru-baru ini benar-benar terkena, terkena ba

Parok. I.C.U.

Tersentap Siapa? Semestinya diri sendiri. Bukan tersentap perkataan yang paling sesuai digunakan, tetapi terguris. Bukan terguris dengan hinaan atau cercaan, tetapi terguris dengan hakikat yang sebenarnya. Diri sering mengingatkan orang lain jangan menjadi fitnah buat agama, jangan hanya kerna sibuk dengan urusanNya, segelintir perkara diabaikan. Lantas berbagai spekulasi mula diutarakan, "sibuk sangat, slow down sikit semua 'aktiviti' tu buat sementara waktu ni, biar mantain pointer dulu" Saat telinga menangkap ayat itu, jelas aku telah melakukan kesalahan yang sangat besar, kerna prestasiku yang kurang berwarna warni, 'aktiviti' ku di persalahkan. Bukan 'aktiviti' itu yang patut dipersalahkan, tetapi diriku sendiri. Hatiku terguris, terguris kerna menyedari insan lain menyangka prestasiku adalah kerna kesibukanku, TIDAK! Tidak sama sekali. Jikalau benar aku teruk sekalipun, bukan kerna kesibukanku, bukan kerna kepadatan waktuku demiNya, kerna jalan y

'La Adri', mampukah?

Menuntut Ilmu tidak kan pernah berhenti, ia hanya berhenti saat kita menghela udara yang terakhir. Namun satu aspek yang sukar bagi kebanyakan daripada kita untuk diakui. Malahan bagi tenaga pengajar juga sukar mengakuinya. Mengakui bahawa diri tidak mengetahui. Mengatakan bahawa " saya tidak tahu ", " ana la adri " Hanya tiga perkataan namun begitu susah untuk dikeluarkan dari mulut kita. Mengapa? Mungkinkah kerna kita takut org sekeliling mengatakan kita kurang bijak, kurang ilmu. Namun hakikatnya, 'tidak tahu' bukan bermakna kita bodoh, 'tidak tahu' bukan bermakna kita ini tidak lagi layak untuk dijadikan tempat rujukan. Rasulullah SAW pernah berpesan, "Ilmu itu ada tiga bahagian: Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu)" (Hadis direkodkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, hadis marfu') Kemuliaan seorang yang berilmu atau ulama' itu bukan sahaja terleta

Straight To My heart

Image
bukan hiasan semata-mata In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful Pernah rasanya hati sesak sesak sepertimana diri rasa ingin benar menangis sekuat hati namun tidak tahu apa puncanya semuanya kelihatan baik sahaja tapi hati ini..... segumpal darah ini terasa tidak tenang Pernah rasa di saat kita benar-benar mahukan seseorang untuk meluahkan, tapi kelihatan seperti semua sibuk dengan urusan masing-masing. Atau lebih tepat lagi gembira dengan urusan masing-masing. Allah sentiasa ada. Memang benar, itu memang benar. Tapi tipulah kalau kata hidup complete tanpa ada insan lain. Hati ini seperti ada compartment yang specific. Tiada satu, ia akan terasa kosong. - Allah - Rasulullah - Al-Quran - Keluarga - Sahabat - Ilmu Di saat ini, terasa compartment sahabat itu rompong Mungkin salah sendiri yang kurang bertegur di fb atau sms Segan untuk menghubungi sahabat yang jauh Tapi Demi Allah, hati ini amat merindui kalian mungkin rindukan insan

Rasa Hati

Malaysia, Tanah Airku Pemimpin masa kini sepatutnya menjadi ikon Islam, tapi lihatlah sendiri, media mana sekalipun, sangat sukar untuk dipercayai. Sibuk tikam, menikam dan ditikam kerana politik hingga lupa siapa empunya segala. Lupa sebenarnya yg mmbezakan kita di hadapan Allah hanyalah Iman di dada. Lupa sehingga sanggup menjatuhkan maruah insan lain. Lebih tepat lagi menjatuhkan maruah saudara seagama. Satu sahaja soalan untuk kalian, IS IT WORTH IT? percayalah, ia langsung x worth it. Berhubung isu saudara di Gaza, pihak NGO hanya dibenarkan turut sama membantu atas dasar keamanan, namun disebabkan isu politik, kerjasama itu dihentikan seketika. Apa semua ni? Sibuk kata mereka pembohong, mana janji2mu? Apa pernah mereka fikir mana janji2 mereka? Mana keistimewaan Islam itu? Asyik dengan 1 Malaysia, tapi tengoklah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, sering di anak tirikan, dapat elaun: paling lambat, kad siswa : paling lambat. Kalau alasannya kerajaan tiada wang, m