Parok. I.C.U.

Tersentap
Siapa?
Semestinya diri sendiri.
Bukan tersentap perkataan yang paling sesuai digunakan,
tetapi terguris.
Bukan terguris dengan hinaan atau cercaan,
tetapi terguris dengan hakikat yang sebenarnya.

Diri sering mengingatkan orang lain jangan menjadi fitnah buat agama,
jangan hanya kerna sibuk dengan urusanNya,
segelintir perkara diabaikan.

Lantas berbagai spekulasi mula diutarakan,
"sibuk sangat, slow down sikit semua 'aktiviti' tu buat sementara waktu ni, biar mantain pointer dulu"
Saat telinga menangkap ayat itu, jelas aku telah melakukan kesalahan yang sangat besar,
kerna prestasiku yang kurang berwarna warni, 'aktiviti' ku di persalahkan.
Bukan 'aktiviti' itu yang patut dipersalahkan, tetapi diriku sendiri.

Hatiku terguris,
terguris kerna menyedari insan lain menyangka prestasiku adalah kerna kesibukanku,
TIDAK! Tidak sama sekali.
Jikalau benar aku teruk sekalipun,
bukan kerna kesibukanku,
bukan kerna kepadatan waktuku demiNya,
kerna jalan yang ku lalui kini tiada siapa yang memaksa,
diriku sendiri yang memilih.

Oleh itu, ku pinta, jangan minta aku hentikan 'aktiviti'ku itu.
Kerna aku sangat menyayanginya.
Jangan pernah halang aku untuk terus terlibat dengannya kerna itulah sumber aspirasi ku selama ini.
Ku tahu aku mengecewakan kalian, tetapi ketahuilah, aku juga sangat kecewa,
Saban hari mencari kekuatan yang hilang,
tiap2 hari bersujud memohon ditiupkan ketabahan,
dengan 'aktiviti' ini jugalah aku dapat membina kembali kekuatan yang hilang,
mencantumkan kembali serpihan hati yang keretakan,
dan kali ini bukan menggunakan celotape, tetapi gam gajah, simen dan berbaju besi.

Kata-kata tidak kan mampu membuktikan apa-apa.
memang benar.
Aku akan terus berusaha untuk membuktikan jalan ini sebenarnya lah yang bakal membawaku menuju kejayaan yang hakiki, kejayaan dunia dan akhirat
tidak kn pernah aku meninggalkan jalan dakwah ini,
tidak pernah terlintas sekalipun.

TERUS BERSEMANGAT! FI AMANILLAH, InsyaAllah~

Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi