'La Adri', mampukah?

Menuntut Ilmu tidak kan pernah berhenti,
ia hanya berhenti saat kita menghela udara yang terakhir.

Namun satu aspek yang sukar bagi kebanyakan daripada kita untuk diakui.
Malahan bagi tenaga pengajar juga sukar mengakuinya.

Mengakui bahawa diri tidak mengetahui.
Mengatakan bahawa " saya tidak tahu ", " ana la adri "
Hanya tiga perkataan namun begitu susah untuk dikeluarkan dari mulut kita.
Mengapa?
Mungkinkah kerna kita takut org sekeliling mengatakan kita kurang bijak,
kurang ilmu.

Namun hakikatnya, 'tidak tahu' bukan bermakna kita bodoh,
'tidak tahu' bukan bermakna kita ini tidak lagi layak untuk dijadikan tempat rujukan.

Rasulullah SAW pernah berpesan,
"Ilmu itu ada tiga bahagian: Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu)"
(Hadis direkodkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, hadis marfu')

Kemuliaan seorang yang berilmu atau ulama' itu bukan sahaja terletak kepada ketinggian ilmunya,
berapa banyak ilmu yang dikuasainya namun sikap berhati-hati dan tawaduk mereka. Berhati-hati dengan ilmu yang ingin disampaikan dengan tawaduk saat bidang ilmu yang ingin diutarakan bukan kepakarannya dan menyerahkan bidang itu kepada yang lebih pakar untuk menyelesaikannya.

Kita kini lebih sibuk berlumba-lumba ingin menyelesaikan satu permasalahan contohnya permasalahan matematik. Mungkin pada dasarnya kita mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang itu, namun sampai satu tahap ada soalan yang kita tidak mampu untuk menyelesaikannya.
Apa langkah seterusnya? berpura2 tahu dan cuba juga untuk jawab? dan akhirnya working yang salah dan jawapan yang salah menjerumus ke arah ilmu yang salah.
kerna apa?
kerna kebimbangan itu tadi.
kerna ego itu tadi.

Tiada salah rasanya untuk menyerahkan kepada yang lebih pakar.
Asy-Sya'bi berkata, 
"La adri adalah setengah daripada ilmu. Sesiapa yang berdiam diri kepada perkara yang tidak diketahuinya kerana Allah taala, maka tidak akan kurang pahalanya berbanding orang yang berkata-kata. Kerana mengaku bodoh adalah perbuatan yang berat bagi seseorang itu.

Rasulullah Al-Amin sendiri pernah mengatakan 'la adri' ,
"Tatkala Rasulullah SAW ditanyakan mengenai tempat yang terbaik dan terburuk di bumi, maka Nabi SAW menjawab, 'La adri' sehingga datang Jibril kepada Baginda dan ditanya kepada Jibril. Jibril menjawab, "La adri." Sehingga kemudian Allah taala sendiri yang memberitahu kepada Baginda bahawa tempat yang terbaik adalah masjid, manakala tempat yang terburuk adalah pasar."
(Direkodkan oleh Ahmad, Abu Ya'la, Al-Bazzar dan Al-Hakim daripada Ibnu Umar)

Bayangkan, Rasulullah sendiri mengenepikan betapa malu dirinya, seorang utusan Allah yang mendapat wahyu menjawab tidak tahu apabila ditanya. Namun kerana dirinya benar-benar tidak tahu, Rasulullah sanggup berkata tidak tahu berbanding mereka-reka seterusnya berbohong demi tidak mahu malu.

Sekali lagi soalan ini diajukan,
mampukah kita?
 mengatakan 'asif, ana la adri'?



Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi