Posts

Showing posts from December, 2015

Bertubi-tubi

Hadir satu persatu Belum sembuh sepenuhnya dan dihadiahi lagi dengan kejutan yang seketika membuatkan diri terduduk Untuk seketika tidak mampu berdiri semula Untuk seketika tidak mampu berkata-kata Untuk seketika hilang punca Di salah erti Dipandang buruk Hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu apa dan mengapa Kata mereka Biarkanlah Cukup Allah sahaja yang tahu Biarkanlah Moga Allah terus menjaga kita Saat kewarasan diri seolah diragui Saat maruah dan nama baik terasa dipijak-pijak Hati mana yang tidak luluh Hati mana yang tidak sedih Namun ujian Allah beri sebagai wasilah untuk membaiki diri Membaiki apa yang perlu dibaiki Menampal mana-mana kerompongan diri Ada hikmah di sebalik segala yang terjadi Menarik kembali diri untuk tetap dekat dengan Ilahi Mungkin ini masa kau bermuhasabah Merenung segala amalan yang telah dilakukan Ujian itu sentiasa menguatkan dan bukan melemahkan Sentiasa bersyukur Allah masih memegang hati ini