Bertubi-tubi

Hadir satu persatu
Belum sembuh sepenuhnya dan dihadiahi lagi dengan kejutan yang seketika membuatkan diri terduduk
Untuk seketika tidak mampu berdiri semula
Untuk seketika tidak mampu berkata-kata
Untuk seketika hilang punca

Di salah erti
Dipandang buruk
Hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu apa dan mengapa

Kata mereka
Biarkanlah
Cukup Allah sahaja yang tahu
Biarkanlah
Moga Allah terus menjaga kita

Saat kewarasan diri seolah diragui
Saat maruah dan nama baik terasa dipijak-pijak
Hati mana yang tidak luluh
Hati mana yang tidak sedih

Namun ujian Allah beri sebagai wasilah untuk membaiki diri
Membaiki apa yang perlu dibaiki
Menampal mana-mana kerompongan diri

Ada hikmah di sebalik segala yang terjadi
Menarik kembali diri untuk tetap dekat dengan Ilahi

Mungkin ini masa kau bermuhasabah
Merenung segala amalan yang telah dilakukan

Ujian itu sentiasa menguatkan dan bukan melemahkan
Sentiasa bersyukur Allah masih memegang hati ini

Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita