Posts

Showing posts from June, 2014

Dulu-dulu

Dulu-dulu Kita main bola bersama, pintu rumah jadi gol anisah dan pintu dapur jadi pintu dapur abang muadz Main sampai ada pasu ummi yang terkorban Dulu-dulu Kita lumba dengan cabaran "siapa lambat pegang ummi dia anak keling" dan semestinya atia orang terakhir yang sampai Dan jadilah dia sentiasa anak keling Dan mulalah sesi merajuk sebab tak mahu jadi anak keling Dulu-dulu Kita main playstation bersama Main game FIFA Abang ajak Barangkali bosan main seorang diri Dan banyak kali dimarahi sebab skill main anisah masih low (Sekarang dah pro *kening-kening) Dulu-dulu Kita sekapal liat nak bangun sahur Ulang alik ummi naik masuk bilik kejut sorang-sorang Dan abang anas paling legend liat dia Sampai ummi datang bawak air milo untuk abang anas sahur Dan untuk kita yang masih kecil Walid akan dukung bawak turun dapur Lauk wajib sahur : Daging burger sorang satu, nasi goreng dan air milo Dulu-dulu Penat seharian berpuasa Ummi kesian Ummi suruh berbuka Tapi jiwa kental

Please, Jangan Kufur Nikmat

Usai solat 'Isyak berjemaah, sudah menjadi rutin kami duduk lay-on-the park berbual-bual, merepek, berbincang yang kadangkala bukanlah isu yang munasabah Aku, ummi dan adik Terlalu geli hati dengan telatah ummi sampai menangis kerana terlalu geli hati, muka menjadi merah persis tomato (hiperbola sebentar) Terhenti sebentar niat untuk solat sunat Usai solat sunat, ada satu perasaan sebak yang hadir. Sekali lagi air mata menitis, menitis atas rasa syukur dengan nikmat yang Allah kurnia. Nikmat untuk merasai adanya keluarga. Nikmat untuk merasai kasih sayang ini Sungguh kalau dihitung, di flash back semula kisah silam, pastinya tidak layak ku miliki ini semua. Hari-hari yang aku lalui, ku sedari betapa banyak dosaku. Namun masih Allah terlalu penyayang, terlalu pemurah Jadi, Tolong, Tolong dan Tolong Jangan Kufur dengan Nikmat yang Allah beri

Stay Strong

"The minute you feel like you cant take it anymore, go spend a little time with Allah, talk to HIM in your prayers, HE hears every word" Bukan "...spend a little time with Allah..." tapi sepatutnya "spend your time only with and for Allah" Kerna through ups and downs hanya Allah yang benar-benar memahami. Kerna di saat tiada siapa mahu membantu, He will always be there, willing to lend his hand "Know that sometimes Heartbreak happens just to push you to Allah" - Yasmin Mogahed Kini, ku mengerti. Kini, ku mula faham. #Road Towards Ramadhan [Gotong-royong bersihkan hati]

Sudah-sudahlah

Berdoa dan terus berdoa moga Allah kurniakan hati yang baru. Hati yang kental dan tak mudah diguris ditoreh mahupun diconteng dengan titik-titik hitam Ujian yang Allah beri berbeza-beza kepada setiap hambaNya Dan tiada ujian yang Allah beri melainkan bertujuan ingin dekat dengan hambaNya dan sebagai latihan agar hambaNya lebih kuat menempuh dunia demi akhirat What doesn't kill you make you stronger, stand a little taller Bersyukurlah dengan ujian ini Ada sesuatu yang Allah mahu dikau pelajari

Heartless

Pernah rasanya berharap dikurniakan hati yang heartless Kerna tidak tahan terlalu pantas terasa hati dengan insan sekeliling terutama insan-insan yang tersayang Di saat terasa begitu, kecewa yang teramat kerana merasakan insan-insan lain kurang peka dengan perasaan kita Hakikatnya hati ini tiada baju kebal Hakikatnya diri ini bukan robot Berusaha sedaya upaya menjaga hati insan lain ( sungguh ia bukan mudah ) Tapi ternyata diri ini silap Tersasar Melencong Sepatutnya bukan hati manusia yang diutamakan Sepatutnya tindakan manusia tidak kan mampu membuatkan kita berputus asa dan bersedih hati Kerna apa? Kerna sebenar-benarnya yang perlu didahulukan adalah Allah Pandangannya yang perlu diutamakan Redhanya yang perlu dicapai, digenggam dan dibawa bersama hingga ke syurga Heartless itu perlu kadangkala Biarlah Biarlah Asalkan Allah redha

Kerna Allah sayang

Pertama kali melihat seseorang begitu gigih berjuang dalam sesebuah sukan, kagum adalah perkataan pertama yang terbit di minda. Kagum dengan kesungguhannya untuk merangkul kemenangan. Walaupun jelas kelihatan riak keletihan di wajahnya, tetap terus berusaha dan akhirnya Allah mengurniakan kemenangan buatnya. Tapi pernahkah kita terfikir, kita begitu berusaha, bermati-matian untuk menang, namun begitu mudah brputus asa dlm hidup terlalu mudah mengalah di saat Allah uji dgn duri dn dugaan Sekian lama Allah membiarkan, tapi di saat Allah cuit sedikit, melatah dan terus menunding jari Hairan Pelik Allah memilihmu di dlm ribuan dn jutaan org meski tidak hingga ke akhirnya, namun masih, dirimu menerima sesuatu yg sgt brhrga Tapi satu soalanku bagaimana kau memeliharanya? Apa tnda kau berterima kasih padaNya? Ujian itu tanda sayang Allah pada kita Kerna Allah sayang lah Allah kurniakan ujian, kerna Allah lihat kita terlalu jauh, lantas Allah mahu memimpin semula langkah ya