Heartless

Pernah rasanya berharap dikurniakan hati yang heartless
Kerna tidak tahan terlalu pantas terasa hati dengan insan sekeliling terutama insan-insan yang tersayang

Di saat terasa begitu, kecewa yang teramat kerana merasakan insan-insan lain kurang peka dengan perasaan kita
Hakikatnya hati ini tiada baju kebal
Hakikatnya diri ini bukan robot
Berusaha sedaya upaya menjaga hati insan lain ( sungguh ia bukan mudah )
Tapi ternyata diri ini silap
Tersasar
Melencong

Sepatutnya bukan hati manusia yang diutamakan
Sepatutnya tindakan manusia tidak kan mampu membuatkan kita berputus asa dan bersedih hati
Kerna apa?
Kerna sebenar-benarnya yang perlu didahulukan adalah Allah
Pandangannya yang perlu diutamakan
Redhanya yang perlu dicapai, digenggam dan dibawa bersama hingga ke syurga

Heartless itu perlu kadangkala
Biarlah
Biarlah
Asalkan Allah redha

Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi