Posts

Showing posts from November, 2012

On Your Mark, Get Set, GO!

Bismillahirrahmanirrahim Hamdalillah, hamdalillah, alhamdulillah Allah MELAPANGKAN bagimu supaya kamu tidak selalu berada dalam KESEMPITAN dan Allah menyempitkan bagimu supaya kamu tidak terus hanyut dalam KEGELAPAN, dan Allah MELEPASKAN kamu dari keduanya, supaya kamu TIDAK BERGANTUNG kepada sesuatu selain Allah.. Bersediakah? Sedarkah? Kerna samada kau bersedia atau tidak, ujian itu pasti datang. Samada kau sedar atau tidak, ujian itu bukti Allah menyayangimu. "dan Dialah yg telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur" ( al-mukminun : 78 ) Tersentap? Iya, memang tersentap. Segala2nya Allah bagi, tetapi jarang sekali kita bersyukur. Disebabkan itu Allah sempitkan kita supaya kita tidak terus dalam kegelapan. Dan Allah itu MAHA MENGASIHANI, x kan selamanya Allah kurniakan kita kegelapan, suatu masa Allah akan turunkan hujan agar kegelapan itu pergi dan munculnya sang mentari dan pelangi yang indah. "dan Diala

Bila Digesa Baru Bergerak

Image
Seperti lembu, ditarik baru nak bergerak seperti kuda, dipukul baru mahu berlari. Tidak kurang juga manusia yang kadang begitu. Keinginan sudah ada, tapi lambat sekali ingin bertindak. Konon menantikan waktu yang paling sesuai sedangkan itu cuma alasan untuk bertangguh. Itulah yang aku sendiri rasakan, niat sudah ada, tapi haishh~ alasan tersusun cantek di sisi. nantilah lepas zohor ok lepas maghrib kali ni betul2, lepas isya' sebelum tidur. dan kesudahannya, benda yang sama diulang pada keesokan hari tanpa terlaksana pon niat itu. Memanglah jikalau niat pon kita sudah beroleh pahala disisiNya jikalau niat itu untuk melakukan perkara yang baik, tapi sampai bila mahu bertangguh? Hari ni sudahpun masuk 2 minggu aku bercuti, bagaimana mutabaah ibadahku? sempurnakah? semua ter'tick' kah? Setiap hari bangun pagi dengan azam yang berkobar2, mahu melakukan itu dan ini, tapi mudah saja azam itu luntur ibarat ais yang mengalami proses pencairan. sumenye ibarat hangat2 tahi ayam. B

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bismillahirrahmanirrahim Hingga kini kita dilimpahi dengan pelbagai nikmat dan rahmat dariNya Dari hujung rambut hingga hujung kaki, semuanya nikmat dariNya Bayangkan seandainya kening kita tak pernah berhenti tumbuh? tiap2 hari sebelum ke kelas perlu 'trim' dulu kening Bayangkan seandainya kita x kan pernah berhenti meninggi, berapa agaknya tinggi kita saat umur kita mencecah 30 tahun dan ke atas? Lihatlah, betapa rapi Allah susun segalanya. X tercapai dek akal kita untuk menyelidiki bagaimana Allah menciptakannya. Pernah sekali ku terfikir tatkala sedang sibuk mengulangkaji pelajaran, ku cuba mencari dan mengaitkan setiap apa yang dipelajari denganNya, dan ku melintasi GENE MUTATION, dan bertemu dengan penyakit TAY SACH'S disease. Penyakit yang dikaitkan dengan accumulation of ganglioside. Seketika ku termenung, bukankah kebanyakan iklan di kaca televisyen berkenaan susu tumbesaran bayi mengandungi gangliosida? gangliosida yang membantu nerve system dalam otak. Sekali lag