On Your Mark, Get Set, GO!

Bismillahirrahmanirrahim

Hamdalillah, hamdalillah,
alhamdulillah
Allah MELAPANGKAN bagimu supaya kamu tidak selalu berada dalam KESEMPITAN dan Allah menyempitkan bagimu supaya kamu tidak terus hanyut dalam KEGELAPAN, dan Allah MELEPASKAN kamu dari keduanya, supaya kamu TIDAK BERGANTUNG kepada sesuatu selain Allah..
Bersediakah?
Sedarkah?

Kerna samada kau bersedia atau tidak,
ujian itu pasti datang.
Samada kau sedar atau tidak,
ujian itu bukti Allah menyayangimu.

"dan Dialah yg telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur" ( al-mukminun : 78 )

Tersentap?
Iya, memang tersentap.
Segala2nya Allah bagi, tetapi jarang sekali kita bersyukur.
Disebabkan itu Allah sempitkan kita supaya kita tidak terus dalam kegelapan.
Dan Allah itu MAHA MENGASIHANI, x kan selamanya Allah kurniakan kita kegelapan,
suatu masa Allah akan turunkan hujan agar kegelapan itu pergi dan munculnya sang mentari dan pelangi yang indah.

"dan Dialah yg mnurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan menyebarkn rahmatNYA. Dan Dialah MAHA PELINDUNG, MAHA TERPUJI" ( asy-syuara : 28 )

Bukalah mata,
bukalah hati,
keluar dari kegelapan itu.
Di saat kita terdetik untuk berputus asa,
tiada siapa tahu kecuali Allah.

Jadi mengapa perlu berasa dirimu keseorangan didunia?
Mengapa perlu merasakan 'dunia ini tiada ertinya lagi' saat ujian itu menimpa.
Seolah-olah sekali gagal, selamanya diri akan dihantui kegagalan.

Tiada siapa akan tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan,
tiada insan yang ada kuasa phsycic untuk tahu keadaan masa hadapan,
mahupun doraemon yang mempunyai alat masa depan dan pintu masa depan.

Bermulalah konsep tawakal.
Semua sering kata,
"tawakal jelah"
tetapi apa sebenarnya konsep tawakal tu pada diri kita?
tawakal tapi bila dapat result yang x diidamkan, menangis x ingat dunia,
shut all the doors,
berkurung dalam bilik,
enggan makan mahupun bersosial dengan ahli keluarga dan sahabat.
Inikah dinamakan tawakal?

Kisah seekor burung.
Mereka juga seperti manusia,
tidak pernah tahu tentang masa depan,
tapi mereka tetap keluar seawal pagi untuk mencari rezeki,
tetap gigih mencari rezeki tiap hari tanpa mengira erti putus asa.
Kerna apa mereka sebegitu gigih?
kerna mereka bertawakal.
Mereka mewakilkan harapan mereka pada Allah.
Mereka berusaha sehabis daya, namun keberadaan rezeki mereka hanya Allah sahaja yang tahu.
Meskipun pada hari itu tiada langsung makanan untuk mengisi perut,
tetapi mereka tetap melakukan rutin yang sama pada keesokan harinya.

Bayangkan sekiranya burung berputus asa,
hari pertama, keluar di awal pagi dan pulang dengan tangan kosong
" argh, aku give up la macam ni, x de langsung cacing atau ulat aku jumpa"
Tidak mungkin kita akan lihat burung berterbangan.
Mungkin seekor atau beberapa ekor yang 'bertuah'.

Rasa terkena batang hidung sendiri?
Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya.
Belajarlah daripada burung.


بسم الله الرحمن الرحيم
التوكل واليقين
حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا حَيْوَةُ أَخْبَرَنِي بَكْرُ بْنُ عَمْرٍو أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ هُبَيْرَةَ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ أَبَا تَمِيمٍ الْجَيْشَانِيَّ يَقُولُ سَمِعَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا (رواه أحمد)
Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rizki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rizki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di sore hari dalam keadaan kenyang (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Jadilah seperti burung,
tidak pernah tahu apa yang bakal terjadi tetapi tetap berusaha dan tidak berputus asa.
ON YOUR MARK,
GET SET,
GO!
teruslah berlari mengejar redha dan maghfirahNya

% Wallahu a'lam %




Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi