Posts

Showing posts from October, 2015

Deepest Heart

Seketika berasa sangat bersalah Risau menyakiti hati Risau disalah erti Risau diragui Tapi atas kerana yakin dengan takdir Ilahi Kerana aku yakin ada sebab mengapa Allah mengutuskan rasa ini Rasa tidak senang hati ini Rasa yang hanya akan hadir saat aku telah melakukan sesuatu kesilapan mahupun sedang melakukan kesalahan itu Bukan mahu menolak fitrah Bukan juga menyalahkan atas rasa yang hadir Tapi aku punya keinginan sendiri Aku punya matlamat ku sendiri Aku punya angan-angan ku sendiri Sukarnya bermujahadah melawan perasaan sendiri Tapi ku mohon Teruskan bermujahadah hingga tiba satu saat yang ditakdirkanNya Mohon ku pinta Janganlah dikau hadir sebagai ujian dari Allah Mohon dikau bukanlah insan yang Allah utuskan sebagai peringatan dari Nya Kerna ku sejujurnya mahu ia kekal selamanya Angan-anganku cuma mahu ia sempurna Angan-anganku mahu ia suci dan diredhaiNya Jangan terlalu asyik Jangan terlalu dibuai dengan dunia Kerna hakikatnya terlalu banyak tanggu