Posts

Showing posts from 2015

Bertubi-tubi

Hadir satu persatu Belum sembuh sepenuhnya dan dihadiahi lagi dengan kejutan yang seketika membuatkan diri terduduk Untuk seketika tidak mampu berdiri semula Untuk seketika tidak mampu berkata-kata Untuk seketika hilang punca Di salah erti Dipandang buruk Hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu apa dan mengapa Kata mereka Biarkanlah Cukup Allah sahaja yang tahu Biarkanlah Moga Allah terus menjaga kita Saat kewarasan diri seolah diragui Saat maruah dan nama baik terasa dipijak-pijak Hati mana yang tidak luluh Hati mana yang tidak sedih Namun ujian Allah beri sebagai wasilah untuk membaiki diri Membaiki apa yang perlu dibaiki Menampal mana-mana kerompongan diri Ada hikmah di sebalik segala yang terjadi Menarik kembali diri untuk tetap dekat dengan Ilahi Mungkin ini masa kau bermuhasabah Merenung segala amalan yang telah dilakukan Ujian itu sentiasa menguatkan dan bukan melemahkan Sentiasa bersyukur Allah masih memegang hati ini

Deepest Heart

Seketika berasa sangat bersalah Risau menyakiti hati Risau disalah erti Risau diragui Tapi atas kerana yakin dengan takdir Ilahi Kerana aku yakin ada sebab mengapa Allah mengutuskan rasa ini Rasa tidak senang hati ini Rasa yang hanya akan hadir saat aku telah melakukan sesuatu kesilapan mahupun sedang melakukan kesalahan itu Bukan mahu menolak fitrah Bukan juga menyalahkan atas rasa yang hadir Tapi aku punya keinginan sendiri Aku punya matlamat ku sendiri Aku punya angan-angan ku sendiri Sukarnya bermujahadah melawan perasaan sendiri Tapi ku mohon Teruskan bermujahadah hingga tiba satu saat yang ditakdirkanNya Mohon ku pinta Janganlah dikau hadir sebagai ujian dari Allah Mohon dikau bukanlah insan yang Allah utuskan sebagai peringatan dari Nya Kerna ku sejujurnya mahu ia kekal selamanya Angan-anganku cuma mahu ia sempurna Angan-anganku mahu ia suci dan diredhaiNya Jangan terlalu asyik Jangan terlalu dibuai dengan dunia Kerna hakikatnya terlalu banyak tanggu

Older, Wiser, Stronger

Zaman sekolah, seringkali didedahkan dengan Halawatul Iman Tanda-tanda kemanisan iman Dan salah satu darinya adalah mencintai insan lain lebih dari dirinya sendiri Sabda Rasulullah SAW : "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim) Masih muda, masih mentah, masih belum jua matang menggunakan akal fikiran Tiada kesan dalam diri ITHAR Apa itu ithar? Melebihkan insan lain, lebih dari keinginan diri sendiri Saat insan lain memerlukan dan kita juga punya keinginan lain, lantas keinginan diri diketepikan dan lantas membantu insan yang memerlukan 12 September 2015 Hari yang cukup bersejarah Bukan buat insan lain, tapi buat d

Hanya Allah

Andai satu masa tiba Dan kau terasa benar-benar berat hati untuk melaksanakannya Tetapi kau perlu juga Atas dasar tanggungjawab Kau wajib patuh dan akur Andai kau tak mampu merelakan hati atas dasar sayang Andai atas dasar kekeluargaan kau tetap terasa mahu ingkar Pandang yang di atas Minta kekuatan Pandang yang di atas Minta hati ini merelakan Buatlah atas dasar kerana Nya Yakin segala yang kau lakukan ada ganjaran di sisi Nya asalkan niatmu ikhlas Kau berbeza kerana Allah memilihmu Kau berbeza kerana Allah mahu menambah lagi amalan buat bekalanmu di akhirat kelak 'Sebaik-baik insan adalah yang bermanfaat kepada insan yang lain' Teruskan berbakti Selagi punya kudrat Selagi diberi peluang Syurga menantimu, pasti!

Chill lah

Tanggungjawab itu mematangkan diri Meski usia masih muda namun saat diberi amanah memikul tanggungjawab lama kelamaan akal akan menjadi lebih matang berfikir Kadangkala bukan secara sukarela tetapi paksa rela Tapi aturan Allah Subhanallah Setiap yang disusun pasti ada hikmahnya Namun sejujurnya Seusia ini, masih berjiwa muda Kadang darah cepat sahaja panas Dan kesudahannya, banjir seketika Seusia ini, masih ada keinginan sendiri Dan ada masa yang mahu diluangkan untuk diri sendiri persis seperti generasi muda yang lain Dan kadangkala kerana adanya tanggungjawab itu, seakan-akan ada batasan untuk segelintir perkara Seusia ini, masih mahu dianggap seperti anak kecil Masih mahu dibelai Masih mahu dipujuk saat hati terguris Tanggungjawab itu mematangkan diri namun masih kasih sayang itu perlu Kerna hakikatnya, I''m an under-age Dan seketika menerima semangat dan kata-kata dari mereka Hati terubat meski lelah, meski sudah terguris sedikit, meski sudah air ma

Love them as they have been always do

Sanah Helwah Selamat Hari Lahir Happy Birthday Saeng il chuk ha ham ni da Pelbagai bahasa boleh diungkapkan atas ingatan kita terhadap seseorang atas penambahan umurnya Tapi, saat umur kita bertambah, makin dekat kita dengan saat itu, saat yang pasti Tinggal bersama pasangan yang sudah lanjut usia yang juga merupakan nenek dan atuk sendiri mengajar banyak benda “Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur) maka (ketahuilah) bahawasanya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetas mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya, dan yang tidak sempurna, agar kami jelaskan kepada kamu, dan Kami tetapkan (sesudah itu) dalam rahim apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami ke luarkan kamu sebagai bayi, kemudain (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antaramu ada yang diwafatkan, dan (ada pula) di antaramu yang dipanjangkan umurnya sampai

Sesak. Jem. Obstruction

Dunia ini jelas sudah di penghujung Bila mana semua yang benar dipandang pelik Benar, kita sudah tidak banyak masa Suatu petang menemani adik ke playground Sepasang 'kekasih' sudahpun berada disitu sebelum ketibaan kami Dan untuk aku yang bersendirian menemani adik yang berkobar-kobar untuk main di taman, dipandang pelik seakan-akan ada yang tidak kena Dan ku rasakan, adakah kerana tiada lelaki di sisi? Atau kerana aku tidak ralat dengan phone dan seronok menikmati air nescafe sambil duduk memerhati adik yang leka bermain buaian Dunia kini, dating itu biasa kehulu kehilir seperti belangkas itu biasa Lunch bersama itu biasa Tidak pernah keluar bersama itu rare Tidak dating itu rare Dan melihat sahabat-sahabat sendiri Kadangkala ku juga turut tertawa dan turut serta dalam pakatan menyakat Tapi ada sampai satu tahap Hati ini rasa sesak Sesak dengan persekitaran yang sebegini Fitrah untuk tertarik kepada lainan jantina Tapi tidak bermakna kau tidak punya kuasa

Lihat sekeliling, its amazing!

Bot laju membawa pergi sekumpulan kami yang berjumlah 40 orang Pulau juga kian mengecil dari pandangan mata 3 hari 2 malam di pulau Sedikit sebanyak mengerah minda berfikir, menjadi ulul albab Bertubi-tubi soalan yang aku sendiri tak mampu menjawab "Kenapa Allah cipta ombak?" "Kenapa perlu ada batu karang?" "Kenapa laut perlu masin? dan "kenapa perlu sungai rasanya neutral?" Kerna segalanya berhikmah Bagaimana Allah mencipta semuanya tanpa perlu bantuan dari mana-mana Hanya Dia, Cuma Dia yang mengatur segala Mungkin insan pertama yang mula menerokai konsep pantulan cahaya itu dari kalangan manusia, tetapi hakikatnya masih Dia yang mencipta "How did the lights reflected when it touches the surface of water and make a beautiful sparkling effect?" Subhanallah bukan? Kagum, aku benar-benar kagum Benarlah, saat kau bermusafir menerokai bumi Ilahi ini, banyak perkara yang kau akan pelajari. Dan semuanya tidak bukan akan mendekatkan diri

NIL

There's a time when you feel like crying for no reason Didn't know what to do Didn't have any clue about what's the best step to take Either to run, walk, crawl or maybe fly This fast Scared of hoping Afraid of getting hurt

Definisi Kuat

Kuat bukan dinilai dengan mampunya kita mengangkat besi mahupun dumbbell Bukan dinilai dengan mampunya kita menundukkan pihak lawan Bukan Bukan itu semua Kuat saat kau masih meneruskan perjuangan meski hati sudah sarat terluka Kuat saat insan menolakmu jatuh, kau tetap berpaut dan cuba untuk bangkit semula Kuat saat kau cuba untuk berdiri dengan air mata berlinangan di pipi Kuat untuk terus berdoa moga Allah mengurniakan kuasa super saiya Kuat di saat kau diberi pisau, tapi kau membuat keputusan untuk meletakannya ke tepi Meski kau berkuasa melawan semula, tapi kau rela membiarkannya berlalu pergi Berdoa Berdoa padaNya Hati sekeras-kerasnya mahu mengharapkan yang tidak baik Tapi rasional lah Untuk apa? Lantas tangan diangkat Hati memohon Seikhlas hati berdoa Moga Allah terus melindungi Meski sudah sarat terluka, takkan pernah ku doakan sebaliknya Acap kali ku ulang Fi hifzillah, Fi hifzillah Dan akan ku terus ku ulang meski apa yang sudahpun terjadi Hanya Allah tahu berapa lama masa y