Skip to main content

Definisi Kuat

Kuat bukan dinilai dengan mampunya kita mengangkat besi mahupun dumbbell
Bukan dinilai dengan mampunya kita menundukkan pihak lawan
Bukan
Bukan itu semua

Kuat saat kau masih meneruskan perjuangan meski hati sudah sarat terluka
Kuat saat insan menolakmu jatuh, kau tetap berpaut dan cuba untuk bangkit semula
Kuat saat kau cuba untuk berdiri dengan air mata berlinangan di pipi
Kuat untuk terus berdoa moga Allah mengurniakan kuasa super saiya

Kuat di saat kau diberi pisau, tapi kau membuat keputusan untuk meletakannya ke tepi
Meski kau berkuasa melawan semula, tapi kau rela membiarkannya berlalu pergi

Berdoa
Berdoa padaNya
Hati sekeras-kerasnya mahu mengharapkan yang tidak baik
Tapi rasional lah
Untuk apa?

Lantas tangan diangkat
Hati memohon
Seikhlas hati berdoa
Moga Allah terus melindungi
Meski sudah sarat terluka, takkan pernah ku doakan sebaliknya

Acap kali ku ulang
Fi hifzillah, Fi hifzillah
Dan akan ku terus ku ulang meski apa yang sudahpun terjadi

Hanya Allah tahu berapa lama masa yang perlu diambil untuk kembali teguh seteguh dolu-dolu
But I'm not giving up
Kerna matlamat kita hanya syurga
Semua nya testing 1..2..3 dari Allah

Sekali sekala bergenang
Sekali sekala gugur
Sekali sekala mengalir
Itu biasa
It's part of healing
Tapi yang pasti, saat air mata gugur, saat kepala ligat flash back segala yang cuba di buang,
kaki ini tak akan pernah berhenti melangkah

Never

Comments

Popular posts from this blog

Bearable burden

Nampak kan
Betapa Allah itu Maha Adil
Maha Mengetahui

Kadang kita merasakan ujian kita lah yang paling berat
Terlalu berat hingga kadangkala seakan sukar untuk bernafas
Sukar untuk mengukir senyuman
Dan kita lebih memilih untuk berpegang dengan mentaliti
'Orang lain tak kan mampu memahami kerna mereka tak mengalami'

Tahu kenapa mereka tak alami apa yang kita alami?
Kerana apa yang kita alami tu hanya mampu dipikul oleh kita
Hanya kita

Tak sedar?
Tak perasan betapa Allah jadikan setiap hambaNya istimewa?

Pandang sekeliling
Betapa ramai lagi insan yang jauh lebih malang dari kita
Betapa ramai lagi insan yang diuji lebih hebat dari kita

Kita
masih punyai keluarga
Masih punya ibu bapa
Masih punya adik-beradik
Masih punya sahabat
Masih mampu bernafas
Masih mampu makan dan minum
Masih mampu tersenyum, tertawa, menangis

Atas satu ujian yang Allah beri, kenapa terus menghukum diri?
Bersyukur dengan setiap ujian
Kerna boleh jadi di sebalik ujian itu terselit rahmat dan kasih sayang dari…

Seindah bidadari syurga, yuk?

Dia menoleh ke kanan Terlihat seorang insan  Dan persis sama kisahnya Apa yang dilaluinya Dan dirinya amat memahami apa yang dilalui Hati Allah kurnia Mudah berbolak balik Disebabkan itu perlu selalu mohon moga Allah jaga dan pegang Segumpal darah ini yakni hati Selalu tertanya Mengapa kadang hati ini seakan terlalu lemah Dan tiba-tiba terlebih kuat dari biasa Itulah kuasaNya CiptaanNya 'Aku tengok kau kuat' Dirinya tersenyum saat mendengar ayat ini Bukan sekali dua, tapi banyak kali dilontarkan buat dirinya Tapi sedia maklum apa yang dipamer bukan hakikat sebenar apa yang bergolak di dalam Itu rahsia antara empunya hati dan peminjam hati
Siapa tahu saat insan itu mengukir senyuman mesra, tertawa riang dan seakan apa yang dilaluinya itu langsung tiada kesan baginya, namun sebenarnya dirinya sedang berperang sendirian berbekalkan doa dan keyakinan padaNya 'Saat diri diuji, tahap iman kau yang menentukan dengan cara macam mana kau nak harungi. Iman yang bantu kau tetap kuat…

Believe

Ruthlessly
Being thrown into a dark room
Alone and nothing to hold
No words and you just sit there doing nothing agreeing that everything happened because of you

Silly of you
For not realizing and kept forgetting the fact that everything do happened for a reason
Though it might seems that it was impossible to seek for reason when you're in that kind of state

Days passed by
Months
And suddenly almost a year

Still standing
in one piece

Because 'He will not test what you couldn't bear' (2:286)
And 'Verily after every hardship there is ease' (94:5)

Hamdalillah