Posts

Showing posts from August, 2015

Hanya Allah

Andai satu masa tiba Dan kau terasa benar-benar berat hati untuk melaksanakannya Tetapi kau perlu juga Atas dasar tanggungjawab Kau wajib patuh dan akur Andai kau tak mampu merelakan hati atas dasar sayang Andai atas dasar kekeluargaan kau tetap terasa mahu ingkar Pandang yang di atas Minta kekuatan Pandang yang di atas Minta hati ini merelakan Buatlah atas dasar kerana Nya Yakin segala yang kau lakukan ada ganjaran di sisi Nya asalkan niatmu ikhlas Kau berbeza kerana Allah memilihmu Kau berbeza kerana Allah mahu menambah lagi amalan buat bekalanmu di akhirat kelak 'Sebaik-baik insan adalah yang bermanfaat kepada insan yang lain' Teruskan berbakti Selagi punya kudrat Selagi diberi peluang Syurga menantimu, pasti!