Posts

Showing posts from September, 2016

#1

Ketika mana kebiasaannya kau mampu bersabar Ketika mana kau mampu menerima meski ada sedikit rasa tidak puas hati Ketika mana kau cukup kuat menahan ketika insan lain seolah-olah memijak diri Tetapi tidak kali ini Kali ini cepat sahaja kau melatah Cepat sahaja kau terasa ada yang tidak kena Cepat sahaja kau mendiamkan diri kerana menahan amarah An emotional week Ketika mana kau melihat dua insan yang sangat kau sayangi terlantar  Ketika mana kau menyaksikan sendiri dua insan yang terpisah dan tidak mampu untuk bertemu disebabkan tahap kesihatan masing-masing yang membimbangkan Ketika mana kau sendiri terasa letih berjaga untuk menjaga Ketika mana kau melihat raut wajah yang sering tersenyum memberi semangat kelihatan dengan begitu jelas kerisauan di wajahnya Dan apa yang kau mampu buat untuk membantu? Dan ketika tiba masa kau perlu beransur pergi Tiba masa kau untuk pulang dan kembali meneruskan perjuangan Meninggalkan mereka semua terasa berat, s