#1

Ketika mana kebiasaannya kau mampu bersabar
Ketika mana kau mampu menerima meski ada sedikit rasa tidak puas hati
Ketika mana kau cukup kuat menahan ketika insan lain seolah-olah memijak diri

Tetapi tidak kali ini
Kali ini cepat sahaja kau melatah
Cepat sahaja kau terasa ada yang tidak kena
Cepat sahaja kau mendiamkan diri kerana menahan amarah

An emotional week

Ketika mana kau melihat dua insan yang sangat kau sayangi terlantar 
Ketika mana kau menyaksikan sendiri dua insan yang terpisah dan tidak mampu untuk bertemu disebabkan tahap kesihatan masing-masing yang membimbangkan
Ketika mana kau sendiri terasa letih berjaga untuk menjaga
Ketika mana kau melihat raut wajah yang sering tersenyum memberi semangat kelihatan dengan begitu jelas kerisauan di wajahnya
Dan apa yang kau mampu buat untuk membantu?

Dan ketika tiba masa kau perlu beransur pergi
Tiba masa kau untuk pulang dan kembali meneruskan perjuangan
Meninggalkan mereka semua terasa berat, sangat berat
Niat di hati ingin terus berbakti
Niat di hati mahu terus di sisi mereka sehingga mereka mampu kembali tersenyum gembira

Namun sudah tiba masa kembali meneruskan langkah yang belum tiba ke penghujung
Jangan lemah semangat

Kau sudah berjanji mahu jadi insan yang berjaya dan kelak mampu menjaga dan membantu mereka bukan?
Ayuh semangat
Serahkan mereka dalam jagaan Allah
Kerna kau juga berjuang kerana Nya

Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi