Lihat sekeliling, its amazing!

Bot laju membawa pergi sekumpulan kami yang berjumlah 40 orang
Pulau juga kian mengecil dari pandangan mata
3 hari 2 malam di pulau
Sedikit sebanyak mengerah minda berfikir, menjadi ulul albab

Bertubi-tubi soalan yang aku sendiri tak mampu menjawab
"Kenapa Allah cipta ombak?" "Kenapa perlu ada batu karang?" "Kenapa laut perlu masin? dan "kenapa perlu sungai rasanya neutral?"

Kerna segalanya berhikmah

Bagaimana Allah mencipta semuanya tanpa perlu bantuan dari mana-mana
Hanya Dia, Cuma Dia yang mengatur segala

Mungkin insan pertama yang mula menerokai konsep pantulan cahaya itu dari kalangan manusia,
tetapi hakikatnya masih Dia yang mencipta
"How did the lights reflected when it touches the surface of water and make a beautiful sparkling effect?"
Subhanallah bukan?
Kagum, aku benar-benar kagum
Benarlah, saat kau bermusafir menerokai bumi Ilahi ini, banyak perkara yang kau akan pelajari.
Dan semuanya tidak bukan akan mendekatkan diri jauh lebih rapat dengan Allah.

Jealous dengan backpackers yang jauh meneroka dunia
Kerna berpeluang melihat pelbagai lagi ciptaan Allah

Satu hari nanti, aku juga mahu
Biiznillah, Insya Allah

Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi