Bila Digesa Baru Bergerak

Seperti lembu,
ditarik baru nak bergerak
seperti kuda,
dipukul baru mahu berlari.

Tidak kurang juga manusia yang kadang begitu.
Keinginan sudah ada,
tapi lambat sekali ingin bertindak.
Konon menantikan waktu yang paling sesuai sedangkan itu cuma alasan untuk bertangguh.

Itulah yang aku sendiri rasakan,
niat sudah ada,
tapi haishh~
alasan tersusun cantek di sisi.
nantilah lepas zohor
ok lepas maghrib
kali ni betul2, lepas isya' sebelum tidur.
dan kesudahannya, benda yang sama diulang pada keesokan hari tanpa terlaksana pon niat itu.

Memanglah jikalau niat pon kita sudah beroleh pahala disisiNya jikalau niat itu untuk melakukan perkara yang baik, tapi sampai bila mahu bertangguh?

Hari ni sudahpun masuk 2 minggu aku bercuti,
bagaimana mutabaah ibadahku?
sempurnakah?
semua ter'tick' kah?

Setiap hari bangun pagi dengan azam yang berkobar2,
mahu melakukan itu dan ini,
tapi mudah saja azam itu luntur ibarat ais yang mengalami proses pencairan.
sumenye ibarat hangat2 tahi ayam.

Bila mahu sedar?
Bila cuti nak habis?
Wktu tu baru menyesal
"kenapalah aku x itu...kenapalah aku x ini "
kenapa dan kenapa.

Hakikatnya Allah dah anugerahkan masa yang panjang untukku manfaatkan,
tapi diri sendiri tidak reti memanfaatkannya.
Jangan jadi seperti lembu dan kuda,
dengan kata yang lebih mudah,
bezakanlah diri dengan haiwan2 yang ada.
Kerna hakikat yang Allah jadikan kita adalah sebaik2 kejadian.

Amalan perlu tip top, x kire masa.
Bukan waktu kita dalam kesempitan baru kita nak laksanakan segala amal ibadah.
waktu itulah tahajud x pernah miss,
tiap2 hari tilawah 1 juzuk,
seminggu hafal 2 juzuk,
tapi waktu senang, bagaimanakah kondisi ibadah kita?
tahajud entah ke mana,
tilawah entah ke mana.
Mungkin ada yang berkepit ke sana ke sini menikmati kesenangan yang ada.
Waktu susah, siapa yang dicari?
Waktu tu lah mula menangis berbaldi-baldi memohon pertolongan dariNya,
sempurna segala ibadah.
Sedar x sedar, nikmat itu ujian, dan musibah juga ujian.
Jangan fikir hanya perkara buruk sahaja ujian buat diri,
nikmat yang kita ada juga ujian di dunia untuk menentukan tempat kita di akhirat kelak

%Wallahu a'lam%


Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi