Semangat Membara

Bismillahirrahmanirrahim
Jam tepat menunjukkan jam 12.16 am 14 Disember 2012
Mata mulai kuyu namun hati berdegup kencang menandakan ketidaktenangan segumpal darah ini.

"Boleh ke akhawat ni buat?"
Dushh, soalan yg cukup menaikkan temperature dalam badan yang pada awalnya normal seperti manusia yang lain.
Nak sahaja aku menjawab,
"mungkin kami nampak x serius dan mungkin x matang, dan kami akui ketidak seriusan kami, tetapi itu bukan bermakna kami lemah dan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan"

Namun itu cuma hasrat yang terpendam dan terendam.

Hakikat sebenar bukan kami tidak serius, bukan kami tidak tahu betapa setiap unit itu berfungsi menggerakkan sesebuah program, tetapi fahamilah, kami akhawat yang normal,
pertama kali berganding bahu dan pertama kali bertemu dan bermusyawarah seperti itu, semestinya kami nervous.

Dan melalui keraguan itu, mulai timbul satu rasa yang tidak enak,
saat kredibiliti kita diragui, kita akan jadi eager untuk melakukan kerja itu seperfect mungkin untuk membuktikan kami mampu.
Namun harus dan wajib diingat semula,
kerja dan amanah yang dipikul ini bukan bertujuan me'wow'kan insan lain,
tetapi hanya kerna Allah.
kerna jalan yang telah kita pilih.

Hadis 1 [ Hadis 40 Imam Nawawi ]

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيريالنيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب 
المصنفة
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


Deyy, 1st time kita bekerja kan, memangla kebolehan diragui,
*peringatan buat diri sendiri.

Bilamana insan meragui kebolehan kita,
bukan bermakna kita boleh menyerah dan berkata
"mmg aku x mampu, puas hati?"

nah ni dalam surah yusuf, Allah dh bg perumpamaan,
".....................Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir" ( Yusuf : 87 )

Putus asa = kaum yang kafir

Stand Up Tall
kita bukan Akhawat yang LEMBIK, tapi
kita adalah Akhawat yang LEMAH LEMBUT dalam tutur dan pergerakan,
mampu memikul amanah yang diberi,
siapa kata kami lemah, kami tidak lemah,
kalau kami lemah, masakan Allah memilih kami untuk tetap teguh atas Jalan Tarbiah ini? ^_^

Wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi