Rasa Hati


Malaysia, Tanah Airku
Pemimpin masa kini sepatutnya menjadi ikon Islam,
tapi lihatlah sendiri,
media mana sekalipun,
sangat sukar untuk dipercayai.
Sibuk tikam, menikam dan ditikam kerana politik hingga lupa siapa empunya segala.
Lupa sebenarnya yg mmbezakan kita di hadapan Allah hanyalah Iman di dada.
Lupa sehingga sanggup menjatuhkan maruah insan lain.
Lebih tepat lagi menjatuhkan maruah saudara seagama.
Satu sahaja soalan untuk kalian, IS IT WORTH IT?
percayalah, ia langsung x worth it.

Berhubung isu saudara di Gaza,
pihak NGO hanya dibenarkan turut sama membantu atas dasar keamanan,
namun disebabkan isu politik,
kerjasama itu dihentikan seketika.
Apa semua ni?

Sibuk kata mereka pembohong,
mana janji2mu?

Apa pernah mereka fikir mana janji2 mereka?
Mana keistimewaan Islam itu?
Asyik dengan 1 Malaysia,
tapi tengoklah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
sering di anak tirikan,
dapat elaun: paling lambat,
kad siswa : paling lambat.

Kalau alasannya kerajaan tiada wang,
mana dapat duit nak memberikan laptop 1 malaysia itu?
duit apa yang digunakan untuk memberikan ipad kepada penyokong setia itu?

Bosan.
Sudah cukup bosan terpaksa menatap dan mendengar segala kutukan di kaca televisyen tiap hari selama seminggu.
Cetek sangatkah fikiran kalian?
Kalau kalian benar,
kalian sentiasa menepati janji,
bersainglah secara sihat.
Ya memang kalian yang mentadbir kerajaan sekarang,
tapi jika benar ada insan yang lebih layak, yang mampu mentadbir dengan lebih baik,
izinkanlah.

Daripada Thauban ( khadam Rasulullah ), Nabi bersabda : " Sesungguhnya perkara yang aku takuti ke atas umatku ialah para pemimpin yang sesat " ( Riwayat Abu Daud At Tirmizi )


Ini negara kita.
Dunia kita.
Jangan terus merosakkannya hanya kerana ego dan keras kepala.

#GeRaM#

Comments

  1. bukan UIA je dianaktirikan weh. kolej swasta lnsg tak dipandang. Kad siswa tak dapat2. yg dipndg yang hot2 je. mcm2 janji ditabur. kalau pelajar bersuara, dikatakan begitu begini. dibuang kolej. tak bersatu padu nak bgunkan malaysia. agaknya tak egt sejarah kot. bdoa jela dilindung dr pemimpin yang gila kuasa. salahgunakan duit

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi