Older, Wiser, Stronger

Zaman sekolah, seringkali didedahkan dengan Halawatul Iman
Tanda-tanda kemanisan iman
Dan salah satu darinya adalah mencintai insan lain lebih dari dirinya sendiri

Sabda Rasulullah SAW :
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Masih muda, masih mentah, masih belum jua matang menggunakan akal fikiran
Tiada kesan dalam diri

ITHAR

Apa itu ithar?
Melebihkan insan lain, lebih dari keinginan diri sendiri
Saat insan lain memerlukan dan kita juga punya keinginan lain, lantas keinginan diri diketepikan dan lantas membantu insan yang memerlukan

12 September 2015

Hari yang cukup bersejarah
Bukan buat insan lain, tapi buat diri ini
Tetapi berbeza sekali perasaanya kali ini
Sayu
bukan kerana sedih
Tetapi gembira
Kerana berpeluang hidup dalam lingkungan usia penuh dengan nikmat yang diberiNya

Dan hari ini
berbeza sekali sambutannya
Bukan dengan suprise mahupun prank
Bukan dengan gelak tawa mahupun sesi memotong kek
Tetapi cukup istimewa Allah titipkan

Mula melihat apa itu sebenarnya ithar
Mula melihat apa sebenarnya Halawatul Iman

Istimewa
Ya, tersangat istimewa

Dimana kebiasaannya di hari bersejarah, insan lain yang akan meraikan
Tetapi berbeza
Membantu sahabat di saat memerlukan
Membantu meski sudah letih
Menghulurkan bantuan meski sepatutnya dalam gambaran kau sepatutnya sedang seronok menikmati kek yang enak tak terhingga

Ya, Ithar
Dan kesannya pabila kau mengasihi seseorang kerana Allah, ithar tu senang sahaja dilaksanakan
Meski lelah, senyuman diukir
Meski letih, hati berzikir

Di akhir tarikh 12 september 2015
Air mata gugur
Bersyukur atas segala nikmat yang dikurnia
Bersyukur atas semua ujian, semua dugaan yang menimpa

Duhai diri,
Moga tetap terus tsabat atas jalan ini

Duhai hati,
Moga tetap qawiyy meneruskan sisa hidup di dunia ini

خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada manusia yang lain

Lihat yang di atas dan senyumlah
Teruskan langkah
Kerna matlamat kita hanyalah Allah
Kelak, pasti ada ganjarannya

Sanah Helwah!

Comments

  1. Sanah helwah sis....moga rahmat Allah seiring umur sis...xde hadiah la sis...dlm poket ada cekelat HACKS utk sis ...nah :)

    ReplyDelete
  2. Sanah helwah sis! Moga rahmat Allah seiring umur sis.....xda hadiah la sis...dlm poket ada cekelat HACKS nah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nephohilia

Anugerah drpd Allah

Risk