Mewakilkan harapan

Alhamdulillah masih diberi peluang olehNYA membaiki diri,
masih dikurniakan insan yang sentiasa menyedarkan diri tentang kesilapan dan kesalahan.

"Benar kejayaan yang diimpi memerlukan usaha dan pengorbanan yang tinggi,
namun jangan sesekali beranggapan bahawa kejayaan yang sudah dimiliki hasil usaha kerasmu "

Konsep sebenar tawakal kita selama ini mungkin sudah tersasar drpd yang sebenarnya,
hanya kerana kita berusaha sehabis daya, mengorbankan tidur dan makan minum kita,
tidak bermakna Allah akan mengurniakan kejayaan yg diimpikan.
Koreksi diri kembali, sekerap mana tahajud kita?
Sebanyak mana bacaan ayat-ayat suciNya?
Khusyukkah solat kita atau di kepala masih terigt formula2 utk ujian yang bakal tiba?

Jikalau segalanya positif, alhamdulillah.
Namun Allah itu Maha Bijaksana, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Jikalau doamu tidak trjawab, pasti ada cara lain Allah memakbulkan doamu.



3 Cara Allah memakbulkan doa hamba-hambaNya 
^^ Diperkenan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.
^^ Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak.
^^ Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya daripada bala bencana. 


Lihatlah bagaimana Allah menjaga kita.
Masihkah mahu diteruskan menunding jari segalanya kepada Allah atas apa yg tidak dpt kita miliki?
Fikirlah sendiri, Allah mengurniakan akal yang digunakan untuk berfikir agar kita lebih dekat dgnNya, dan bukan menyisihkanNya.

Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi