One STEP Closer

Bismillahirrahmanirrahim

One Step Closer,
bukan event yang di adakan oleh PEMBINA,
namun khas buat event yang dari ke hari ke hari makin menghampiri,
Tekaan di minda semakin dekat dengan tarikh program,
makin mudah segala urusan,
namun kali ini istimewa sungguh..
benar2 awesome
awal2 kelihatan tenang, lancar..
namun ketika hampir tiba di penghujung,
bertubi2, bertimpa2 ujian,
Disebabkan itu ALLAH dan RASULNYA sentiasa menekankan tentang berkerja dlm jemaah..
segalanya dalam JEMAAH.
x mungkin dapat ditangani ssuatu ujian itu seandainya diri keseorgn mengharunginya...
mungkin menjadi seperti tebing pantai, yang makin lama makin terhakis dek hempasan ombak yang kuat..

Lantaran itu hanya seketika diri terasa begitu lemah,
hanya seketika diri ini melatah,
kerana diriku tahu ada insan2 yang istimewa sntiasa di sisi,
yang akan sntiasa mmberikan sokongan dan bantuan walau apa yang berlaku kelak.
ALLAH yang sentiasa di sisi
dan juga sahabat yang mengharungi susah dan senang bersama.
Khas buat semua sahabat2 terutama nya akhawat, kerana kita lebih rapat bersama..

Masing2 kini lebih matang,
pandai menyesuaikan diri dengan keadaan,
adakalanya kita seperti kanak2 yang langsung tidak seperti seorang akhawat yang berumur 18 tahun *saya belum lagi ^_^
yang bergambar di KLCC sedangkan tertancap di IC warganegara Malaysia..
kalah lagak seorang pendatang asing...
namun apabila tiba saat gentir, semua tampil rasional,
mmberikan sepenuh perhatian dan komitmen...
disamping trselit sedikit2 lawak jenaka yang kadang cuba dibendung namun x tertahan juga...

Ya, dengan program lah kita lebih matang,
tidak kira sahabat akhawat mahupun ikhwah..
belajar apa itu erti tanggungjawab,
belajar apa itu erti berkorban,
meski letih mengatasi segala,
tenaga sudah smpai level minimum,
belum sempat battery fully charged,
sudah digunakan semula.

meskipun battery masih belum full,
masing2 cuba mmberikan yang terbaik,
menolak segala keletihan,
mengantuk dan segala keseronokan yang mungkin rakan2 lain yang sebaya sedang lakukan sebelum bermulanya zaman universiti..
Demi Ummah dan kalimah "LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMADAN RASULULLAH"
semua rela berkorban, apalah erti hidup di dunia jika tidak berani berkorban untuk hidup di akhirat..

Disamping kita mengingatkan adik2,
kita juga sedang membina smgt diri,
keyakinan, dan sbgai satu medium,
 sbgai batu loncatan agar kita lebih bersedia menghadapi dunia luar.
Siapa kata kita BADAR di sekolah, kelak di universiti itu jaminan kita utk terus mnjadi baik,
jangan bermimpi,
segalanya terletak dlm tangan masing2
AQIDAH seseorg itu trpulang pada dirinya sndiri,
IMAN sseorang itu tidak akan diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa,
ia x dapat dijual beli,
ia tiada di tepian pantai,
mahu jadi beriman?
mahu jadi seorang yang bertqwa?
usahalah,
jikalau program ilmu pon enggan dihadiri,
lantaran merasakan diri sudah baik, sudah mmpu tguh di ats jlnNYA,
atau merasakan diri tidak layak untuk menyertai,
rasakanlah sendiri,
IMAN itu ada naik turunnya,
mungkin ketika naik apa sahaja ujian yang menimpa,
senyuman menutupi semua,
namun apa yang terjadi saat iman sedang merudum?
di saat itu baru tersedar bekalan tidak mencukupi.

AYUH SAHABAT, 
AYUH SEMUA,
TETAP ISTIQAMAH HINGGA KE AKHIRNYA.
PERINGATAN INI DEMI KU DAN UNTUKMU JUA,
KERANA KITA SAMA2 BERJANJI UNTUK KE SYURGANYA SAMBIL MENGGENGGAM UKHUWAH YANG TERBINA.

WALLAHU A'LAM

Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi