Mereke Masih Ada - Hargailah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillah
Mereka masih ada disisiku
Mengenggam tanganku di saat ku ingin rebah
Membimbingmu di setiap sesuatu keputusan yang aku ingin tentukan
Ya, mereka masih ada

Kini semua sibuk memikirkan ingin berkahwin awal,
namun ketahuilah,
di saat termeterainya ikatan pernikahan
ibu dan ayahmu lah orang yang paling kuat menahan sebak di dada,
kerana anak yang ditatangnya dari kecil kini sudah meningkat dewasa
anak yang dibelai dan dimanja kini diserahkan kepada si adam,
kini si gadis perlu mngutamakan suami kemudian baru si ibu dan ayah

Oleh itu, di saat kau membuat keputusan ingin berkahwin,
fikirkanlah,
adakah selama ni kau sudah meluangkan masa secukupnya bersama ibu dan ayahmu?
tidak salah ingin berkahwin awal,
namun jangan hanya memikirkan kebahagiaanmu
mmg ibu dan ayahmu sangat bahagia melihat anaknya kini di bawah jagaan seorang ikhwah yang soleh *Alhamdulillah
Tapi jauh di sudut hati mereka,
tersimpan juga rasa sedih biarpun cuma sebesar biji sawi

Seusai kau menjadi milik ikhwah
x brmakna tanggungjwb trhdp ibu dan ayahmu terhenti di situ
imbangkanlah antara dakwah dan juga keluarga

sekali ibumu mengalirkan air mata kerana perbuatanmu,
koreksilah diri kembali.
Sanggup kau melakukan sedemikian terhadap insan yang bersusah payah membawamu ke mana sahaja selama 9 bulan...

Kemana sahaja kau pergi,
berjaya sekali pun dikau,
ingatlah
Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa mu.

Wallahu a'alam

Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi