Amanah + Tanggungjawab = redha Allah @ kemurkaan Allah?

Hari berlalu,
hanya Allah sahaja yang tahu,
letihnya diri,
memikirkan tentang midsem examination yang bakal menjelang
menambahkan sesak didada,
Belum sempurna proses mengulangkaji,
namun masih ada satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Berulang alik menjadi 1 rutin harian bersama sahabat tercinta,
muka mengalahkan tembok cina,
namun digagahkan juga demi amanah yang dibawa.
Bukan mudah, namun apabila Allah menetapkan dirikulah orangnya,
bermakna aku mmpu mengharunginya.
Bukan satu propaganda bila diri mengatakan letih,
serius memang tak tipu,
sangat letih.
Namun apabila merasakan diri kita dinilai sebagai insan yang tidak menyumbang apa-apa, alangkah sedihnya.
Namun hati yang percaya Allah itu Maha Adil tidak akan sesekali melatah jika mengalami situasi tersebut.
Biarlah orang ingin berkata apa2, kerana Allah tahu segalanya.

Alhamdulillah tamat segalanya.
Rasa bersyukur kerana diberi kekuatan olehNYA untuk terus thabat hingga ke akhirNYA.
Namun pastilah setiap yang manusia rancang, pasti ada kekurangannya,
bukan sedikit tapi x mustahil banyak kekurangan,
tapi kekurangan yang terjadi itu bukan saja2 Allah jadikan,
pasti ada pengajaran buat diri masing2.
Adakah semua usaha yang kita kerahkan mendapat redhaNya?
 Patuhkah kita atas segala perintahNya sepanjang melaksanakan tanggungjawab kita?
Tepuk dada tanya IMAN,
Bekerja2 bekerja juga, tapi janganlah sampai melampaui batas2 nya.
Biarlah atas dasar sahabat atau rakan sejawat yang berlainan jantina,
patuhilah batasnya. Jikalau diri sendiri tidak merasa kesannya, kasihanilah pada insan sekeliling yang berasa berdosa kerna tidak mmpu menegur. Lebih tepat lagi, kasihanilah diri kita sendiri. Seronok di dunia, namun di akhirat kelak bagaimana?

Renungkanlah kembali, 
Adakah amanah dan tanggungjawab yang diberikan mendapat redha daripadaNYA atau hanya megundang kemurkaanNYA?

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi