Ajal Maut? Akan Tiba Giliranku


 السلام عليكم
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Terjaganya aku dek kerana laungan azan daripada telefon menandakan sudah masuk waktu subuh
Trsentap kerana terlalu memanjakan diri utk kembali melelapkn mata walaupun alarm jam 4.30 pg sudah pun berbunyi
Terus melulu menuju ke bilik air dan berwudhu'
masih sempat utk aku menunaikn solat sunat tahajud
azan di telefonku biasanya awal beberapa minit

usai sahaja solat, tertidur kembali
terjaga semula, kecewa sekali lg dgn diri
tidak dpt menunaikan solat subuh di awal waktu

kemudian, Allah mengilhamkn untukku mengintai sebentar telefon
ada 2 sms yg ku terima
kedua2nya drpd shbtku
Ya Allah, INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI'UN
sahabatku meninggal dunia
sebaya aku

terdetik di fikiranku
ajalnya sudah tiba
bilakah aku pula?
kemudian aku mula runsing
jika masanya sudah tiba, sudah cukupkah segala amal ibadahku utk menempah tempat di syurga
mungkin sebentar lagi, mungkin sahaja saatku sedang menunaikan solat
dan mungkin sahaja ini kali terakhir ku melihat dunia
sudah terlaksanakah segala kewajipanku?
adakah aku sudah menunaikan kewajipanku kepadaNYA? kepada ummi walidku?
adakah mereka sudah berbangga dgnku? berbangga kerana berjaya mendidik anak yg solehah.
bila difikirkn, bisa gila aku dibuatnya

ASTAGHFIRULLAH AL'AZIM

Lantaran itu segala masih ada masa
Selagi nyawa masih dikandung badan
Life must go on
Umat ISLAM harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik drpd semalam

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” 
Mafhum Hadith Rasulullah SAW.
teruskan mengumpul amal ibadah dan jangan pernah berhenti
Kita tidak akan pernah tahu adakah amal kita diterimaNYA
Dalam mungkin beribu2 amalan yg kita lakukan
mungkin hanya separuh, mungkin hanya suku, mungkin hanya 1, dan mungkin lansung tidak diterimaNYA. na'uzubillahi min zalik

"Bekerjalah seperti kau akan hidup seribu tahun lagi, beribadahlah seperti kau akan mati esok hari"

Tamaklah mengumpul pahala, namun bersifatlah pemurah di atas jalanNYA
Masih ada masa utk kembali ke jalan yg benar, Allah itu الغفار,
Namun jangan sesekali kau berkira masih ada waktu utk kau bertaubat, nanti2lah
Berubahlah
Bermula dgn diri sendiri
dan Bermula dari SEKARANG




* Bacalah sms yg diterima dengan teliti, mungkin boleh mngakibatkan salah informasi ^_^
   Rupa2nya bukan sahabtku yg dijemput Illahi, arwah atuknya setelah sms itu ku amati~






والله أعلمُ بالـصـواب

Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi