P/S : I LOVE YOU

Dengan Nama Allah,
aku menyayangimu.

Aku menyusun sepuluh jari,
kerna rasanya boleh dihitung dengan jari kekerapan ku menunjukkan aku menyayangimu.
Tapi percayalah, bukan niatku untuk sengaja menolakmu.
Cuma itu perasaan semula jadi.
Kadangkala ada satu perasaan yang aku tahu dari syaitan membuatkan aku seolah-olah jengkel terhadapmu.
Sekali lagi, maafkan aku.

Di saat dirimu meningkat dewasa,
mula terlihat kelemahan aku membimbingmu,
kadangkala aku takut kau akan mengikuti jejak langkahku,
jejak langkah yang ingin ku timbus dengan pasir atau tarah dengan tar + simen,
dan aku ingin cuba menarikmu.
Tetapi aku sendiri terkaku.

"Jaga adik orang lain baik2 tu bagus, tapi jangan lupa adik sendiri "

Gulp! air liur ku telan terasa payau.

Allah! Apa yang sudah ku lakukan?
dan ku amati sisa hidup ku diambang 2013,
banyaknya yang masih belum terlaksana,
banyaknya yang ada depan mata tapi sering aku abaikan.

Ku ingin teramat melihat dikau berjaya.
Bukan akademik sahaja, malah akhlak jua.

Pemergianmu kali ini seperti satu puzzle yang kehilangan serpihannya,
terasa kosong.
Tiada lagi suaramu di hadapan TV menonton cerita MLM,
tiada lagi insan yang duduk tercongok depan laptop sampai pukul berapa pagi juga aku x pasti.
Aku takut.
Mampukah kau kekal hidup di tempat itu?
Kerna aku tahu biah nya bagaimana.
Aku terlalu menyayangimu.
Cuma kadangkala kedegilanmu mendengar nasihat mengeraskan hatiku denganmu.

Duhai adik,
teruslah hidup di sana.
Hidup bukan dengan makan yang cukup, mandi yang berkualiti, dan belajar bersungguh-sungguh,
tapi hidup yang ku maksudkan adalah hati dan Iman mu.

Ku berjanji akan membantumu.
Hingga akhir hayat aku akan terus menyayangimu meski kau merasakan aku tidak menyayangimu.
Kerna kau anugerah daripada Allah.
Satu wasilah untuk aku terus memperbaiki kelemahan diri agar terus dapat memimpinmu.

P/S : I LOVE YOU DIK~

FROM : Kakak yang tak serupa kakak.

Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi