1# KUFU

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, 'Wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah engkau mendapatkan yang kuat agamanya, nescaya selamatlah kedua tanganmu." ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
sekufu ataupun kufu yang dititikberatkan dalam Islam ialah kufu dari sudut agama.

Umur kita sentiasa bertambah dari hari ke hari
Aku juga tidak terkecuali

Dulu ketika berumur 15 tahun
Rasa jauh lagi perjalanan
Lama lagi baru aku perlu memikirkan soal ini semua

Namun pejam celik pejam celik,
aku sudahpun hampir mencecah umur itu

Menghadiri majlis walimah saudara mara seiring dengan perkembangan hidupku
Kalau dahulu akal ku masih belum matang
Masih belum mampu memikirkan itu dan ini
Namun kini, aku sudahpun matang
Sudah cukup matang untuk berfikir sendiri segalanya berkat nikmat iman dariNya

Dulu aku tidak mahu ambil pusing soal keturunan ini semua
Tapi kini aku rasa tertekan
Bukan tertekan kerana dipaksa untuk cepat2 menikah
Tetapi tertekan kerana dipaksa untuk terlalu menjaga keturunan itu
Aku tahu dan aku mengerti
Tapi apa bezanya kita dengan orang lain sehingga kita mesti mengkategorikan diri kita sendiri?

Lebih alimkah kita?
Lebih dalamkah ilmu agama kita?
Setarafkah kita dengan ulama' yang tersohor?

Aku bukan tidak mahu meneruskan keturunan ini,
tapi hati ku berat jika pemikiran seperti itu diutamakan.
Jikalau benar keturunan ini lebih baik dr orang lain, tanpa berfikir panjang aku akur.

Tapi~
Keturunan ini sendiri masih belum sempurna penutupan auratnya
Masih kurang arif tentang hukum agama
Tetapi amat bangga dengan keturunan

Bukan niatku untuk mencemuh mahupun mencaci
Tetapi inilah apa yang kini ku rasai

Apa bukti yang membuktikan kita lebih baik dr mereka?
Berikan aku satu contoh.
Mungkin ada. Tapi sangat minoriti

Aku berharap. Benar2 berharap
Hentikanlah semua ini.
Sekufu yang dimaksudkan bukan ini. Tapi tahap kita tentang agamaNya

Aku mahukan seorang yang mampu membimbingku
Mampu sama2 bangun malam untuk bertahajud kepadaNya,
Mampu sama2 berjuang menegakkan semula agamaNya

Tidak perlu berpangkat besar mahupun berketurunan
Biarlah dia hanya akh yang biasa, namun di mata Allah, dia luar biasa.

Luahan hati yang tidak mungkin mampu aku lontarkan kepada insan2 yang ku sayangi
Namun ku begitu berharap agar satu hari nanti, kalian akan memahami

Aku mahu berhenti menyesakkan kepala ku dengan perkara ini,
keran aku belum layak memikirkan soal ini.
Sirah Nabi Muhammad dan sahabat2nya juga masih belum ku khatam,
kisah perjuangan mujahid Islam juga belum habis ku hayati.

Justeru, berhentilah. Berhentilah. Beriku kesempatan untuk menyesakkan hati dan fikiranku dengan masalah ummat dan tanggungjawab dakwah.

Wallahu A'lam
 

Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi