Bearable burden

Nampak kan
Betapa Allah itu Maha Adil
Maha Mengetahui

Kadang kita merasakan ujian kita lah yang paling berat
Terlalu berat hingga kadangkala seakan sukar untuk bernafas
Sukar untuk mengukir senyuman
Dan kita lebih memilih untuk berpegang dengan mentaliti
'Orang lain tak kan mampu memahami kerna mereka tak mengalami'

Tahu kenapa mereka tak alami apa yang kita alami?
Kerana apa yang kita alami tu hanya mampu dipikul oleh kita
Hanya kita

Tak sedar?
Tak perasan betapa Allah jadikan setiap hambaNya istimewa?

Pandang sekeliling
Betapa ramai lagi insan yang jauh lebih malang dari kita
Betapa ramai lagi insan yang diuji lebih hebat dari kita

Kita
masih punyai keluarga
Masih punya ibu bapa
Masih punya adik-beradik
Masih punya sahabat
Masih mampu bernafas
Masih mampu makan dan minum
Masih mampu tersenyum, tertawa, menangis

Atas satu ujian yang Allah beri, kenapa terus menghukum diri?
Bersyukur dengan setiap ujian
Kerna boleh jadi di sebalik ujian itu terselit rahmat dan kasih sayang dari Nya



Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi