Sesak. Jem. Obstruction

Dunia ini jelas sudah di penghujung
Bila mana semua yang benar dipandang pelik
Benar, kita sudah tidak banyak masa

Suatu petang menemani adik ke playground
Sepasang 'kekasih' sudahpun berada disitu sebelum ketibaan kami
Dan untuk aku yang bersendirian menemani adik yang berkobar-kobar untuk main di taman, dipandang pelik seakan-akan ada yang tidak kena

Dan ku rasakan, adakah kerana tiada lelaki di sisi?
Atau kerana aku tidak ralat dengan phone dan seronok menikmati air nescafe sambil duduk memerhati adik yang leka bermain buaian

Dunia kini,
dating itu biasa
kehulu kehilir seperti belangkas itu biasa
Lunch bersama itu biasa

Tidak pernah keluar bersama itu rare
Tidak dating itu rare

Dan melihat sahabat-sahabat sendiri
Kadangkala ku juga turut tertawa dan turut serta dalam pakatan menyakat
Tapi ada sampai satu tahap
Hati ini rasa sesak
Sesak dengan persekitaran yang sebegini

Fitrah untuk tertarik kepada lainan jantina
Tapi tidak bermakna kau tidak punya kuasa mengawal nafsu yang dikurnia 

Berkawan itu boleh
Tapi ada batas yang perlu dijaga

Kau bimbang terlalu ramai yang masuk jarum
Tapi terfikirkah mungkin kerana sikap diri sendiri yang terlalu memberi peluang?
Sikap sendiri yang membuatkan mereka rasa diri kita mudah didekati

Kerna diri ini, diri yang Allah beri ini, terlalu istimewa dan perlu dijaga
Mahal harganya

Sesak kerana seakan-akan tidak mampu berbuat apa-apa
Aku tidak gembira menyaksikan semuanya.
Tapi masih, ada bahagian tanggungjawab ku untuk turut sama mengubah apa yang salah.

Wallahu a'lam

Comments

  1. Take care, be a good ummi :)

    ReplyDelete
  2. Thanks for being part of my life :')

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi