Love them as they have been always do

Sanah Helwah
Selamat Hari Lahir
Happy Birthday
Saeng il chuk ha ham ni da

Pelbagai bahasa boleh diungkapkan atas ingatan kita terhadap seseorang atas penambahan umurnya

Tapi, saat umur kita bertambah, makin dekat kita dengan saat itu, saat yang pasti

Tinggal bersama pasangan yang sudah lanjut usia yang juga merupakan nenek dan atuk sendiri
mengajar banyak benda

“Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur) maka (ketahuilah) bahawasanya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetas mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya, dan yang tidak sempurna, agar kami jelaskan kepada kamu, dan Kami tetapkan (sesudah itu) dalam rahim apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami ke luarkan kamu sebagai bayi, kemudain (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antaramu ada yang diwafatkan, dan (ada pula) di antaramu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, hingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulu telah diketahuinya…” (Al-Hajj:5)

Suatu ketika dahulu, YA
kau seorang yang bijaksana
kau seorang yang berkebolehan
kau seorang yang badang
kau seorang yang kuat ingatan

Tapi ada satu saat (biiznillah untuk hidup yang lebih panjang)
Semuanya Allah tarik semula
Boleh jadi kelihatan mustahil kau dahulu seorang yang bijak
Boleh jadi kelihatan mustahil kau seorang yang kuat ingatan

Terlupa tarikh
Terlupa hari
Meski sudah diberitahu berulang kali
Seakan sukar untuk diingati

Melihat keadaan sebegini
Beristighfar berulang kali
Tidak wajar untuk dimarahi
Kerana satu saat pasti aku juga akan melalui saat ini
Saat dimana mungkin juga aku akan lupa nama orang disekeliling

Melihat atuk dan nenek sendiri
Umur yang sudahpun mencecah 70 dan 80, namun hati menjadi seakan-akan kanak-kanak
Mudah terasa
Mudah tersentuh
Karenahnya banyak
Kadangkala 'over-worried' tentang segelintir hal

Budaya melayu yang menghantar mereka ke rumah orang-orang tua
Alasannya tidak punya masa
Alasannya kerja terlalu banyak
Alasannya dia punya keluarga

Insan ini yang dahulu mendidik, menjaga, menyayangi, menasihati kita

Kau lupa, mereka juga ahli keluargamu
Kau lupa suatu ketika dahulu mereka meluangkan masa demi karenah yang entah apa-apa
Kau lupa di saat mereka sibuk menyiapkan kerja dan kau datang menghampiri dengan hajat dihati, diletakkannya ketepi kerja yang bertimbun, dan diluangkan masa demi dikau yang terlalui dicintai
Kau lupa, mereka itu ibu bapamu, atau mungkin ibu bapa insan lain.
Kau lupa, mentaati mereka adalah satu kewajiban meski apa jua kondisi mereka selagi mana ia tidak melanggar hukum syara'

Hakikatnya masih sama, perkataan 'ah' itu pon sudah dianggap menderhaka apatah lagi menengking dan menyakiti hati mereka

TENAGA PEMUDA

Terserlah hikmah mengapa Islam sangat memandang istimewa tenaga pemuda

Di waktu muda,
masa untuk berbakti untuk Islam, untuk Ummah, untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk insan disekeliling

Sayangi mereka sebagaimana mereka menyayangimu
Bersabar dengan mereka sebagaimana mereka begitu tenang menuruti segala permintaanmu
Ada ganjarannya pasti, yakinlah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi