Ada aku kesah

Bersedih kerana sikap manusia terhadapmu
Terguris lantaran cara manusia melayanmu

Sikap yang sesuka hati ingin memaki hamun
Sikap yang sesuka hati ingin menarik muncung sedepa

Seolah-olah dirinya paling malang
Seolah-olah masalahnya paling menyakitkan kepala

Diri ada masalah,jadi perlu kah orang lain juga terkena tempias masalahmu?
Diri bersedih, jadi perlukah insan lain merasa sedih dengan cara dikau melayan mereka?

Sedarlah,
Bukan dikau seorang punya masalah
Bukan dikau seorang ada hati yang berperasaan

Jangan terkejut jika satu hari manusia lari dari mu.

Kerna sejujurnya terasa lelah,letih,penat,exhausted
Letih mahu terasa hati
Letih mahu pujuk kembali hati yang terluka

Jangan sampai ada yang tampil berkata
"Ada aku kesah dgn masalah kau?"
Kerna itu bermakna you're way beyond the limit

Belajar kawal perasaan. Kerna kita hidup dalam jemaah dan saling bergantungan.

Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi