Berubah is significant to Mujahadah

Pernah rasanya melalui fasa ingin berubah namun agak payah rasanya.
Pernah rasanya memahami perasaan sedang cuba untuk berubah namun sering di ejek dan di patahkan semangat.
Pernah rasanya air mata ini menitis lantaran kisah silam diungkit dan dibentangkan semula.
Dan hingga kini kisah silam masih menghantui.

Tapi itulah lumrahnya
Kerna di saat kita nekad untuk berubah, ia bermakna kita sudah akur untuk bermujahadah melawan hawa nafsu
Sekali sekala mengeluh keletihan itu memang biasa
Tapi terus berputus asa dan berpatah semula?
R.U.G.I lah jika sedemikan rupa

"macam mana nak jadi baik?"
"susah nak tinggalkan semua benda tu, ana dah cuba, tapi payah"
Soalan itu adalah soalan yang lazim ditanyakan kini

Dan ku berterus terang hingga kini aku juga masih bermujahadah
Bermujahadah melawan hawa nafsu sendiri
Bermujahadah agar akal tidak tunduk pada hawa nafsu semata-mata

Bukan insan yang mahu berubah sahaja yang perlu bermujahadah,
insan yang sudah berubah seperti alim ulama' juga perlu bermujahadah kerna setiap manusia mempunyai hawa dan nafsu.
Berkata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, Minhajul Abidin, "Hawa nafsu ialah musuh yang sangat keji dan hina malah mencelakakan serta sukar untuk dihindari."
Tiada istilah "kau baik, aku jahat, aku susah nak jadi baik "
Kerna orang yang kurang baik itu tak selamanya akan begitu,
dan orang yang baik itu juga tak akan selamanya baik jika tiada mujahadah dalam dirinya.
Imam Al-Ghazali berkata lagi, "Hawa nafsu sangat sukar diajak berkrompomi dalam membulatkan hati untuk beribadat kepada Tuhan kerana hawa nafsu akan sentiasa menjauhkan kita dari Allah S.W.T.
Percayalah,
di saat diri kita terdetik untuk berubah,
ia sebenarnya ilham dr Allah, petunjuk dr Nya, hidayah drNya

''esok-esoklah, x de mood hari ini nak buat baik"

Bila mana kita menangguhkan perkara yang baik itu, sedarlah diri kerana kita sudah tertipu dengan tipudaya syaitan.
Syaitan yang sentiasa menipu agar kita menangguhkan taubat

Memang bukan mudah,
mujahadah itu pahit kerna syurga itu terlalu manis
Jadi, jangan mengalah!
Kerna Allah bersama sangkaan hambanya.
Mahu tahu kedudukan mu di sisi Allah?
Lihatlah kedudukanNya disisimu.

Justeru, bersangka baiklah dengan Allah kerna Allah pasti akan membantu.
Tidak mungkin Allah akan membiarkan kita sendirian terkontang kanting.
Allah pasti akan menghulurkan bantuan

Kalau di dunia yang hanya seketika ini pun kita tidak mampu untuk berkorban sedikit,
bagaimana mahu berbahagia di akhirat yang kekal selamanya itu?

Teruskan bermujahadah sehingga kaki berjaya menjejak syurga

wallahu a'lam

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi