Hanya Allah

Andai satu masa tiba
Dan kau terasa benar-benar berat hati untuk melaksanakannya
Tetapi kau perlu juga
Atas dasar tanggungjawab
Kau wajib patuh dan akur

Andai kau tak mampu merelakan hati atas dasar sayang
Andai atas dasar kekeluargaan kau tetap terasa mahu ingkar
Pandang yang di atas
Minta kekuatan
Pandang yang di atas
Minta hati ini merelakan

Buatlah atas dasar kerana Nya
Yakin segala yang kau lakukan ada ganjaran di sisi Nya
asalkan niatmu ikhlas

Kau berbeza kerana Allah memilihmu
Kau berbeza kerana Allah mahu menambah lagi amalan buat bekalanmu di akhirat kelak

'Sebaik-baik insan adalah yang bermanfaat kepada insan yang lain'

Teruskan berbakti
Selagi punya kudrat
Selagi diberi peluang
Syurga menantimu, pasti!

Comments

  1. Sis sy mcm knl ayt sis yg second last 2... Take care sis... Sis nah cekelat HACKS

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nephohilia

Anugerah drpd Allah

Risk