How our past, effect our present days

Cuti pertengahan semester selama seminggu sedang dilalui dengan penuh berhati-hati.
Sungguh rapi agar tidak ada satu waktu pun terbuang begitu sahaja kerna mid sem exam sudah mula mengintai dan menunjukkan kehadirannya.

Sedang asyik membelek-belek buku, meneliti past years questions,
mata tertancap pada majalah sekolah. Terlihat pula buku yang digunakan di sekolah khas untuk ceramah, tazkirah dan usrah.
Segala memori yang tersimpan kemas dan rapi mula terbayang.
Bagaikan mimpi segalanya sudah berlalu.
Bagaikan semalam kita bersama-sama membasuh kolah yang sebegitu 'jernih'
Dan bagaikan semalam kita bersama-sama menerima keputusan SPM
Bibirku mula mengukir senyuman

Nah, itu baru memori gembira

Singkap satu lagi memori,
memori yang dulu cukup terseksa untuk diingati,
namun kerana memori ini, aku mengukirkan senyuman yang lebih lebar dr tadi dan juga tertawa kecil.
Sungguh, memori yang kononnya pahit itu terlalu sesuai dibuatkan lawak jenaka.

Paling ku x lupa,
zaman yang ku rasakan normal bagi setiap di kalangan kami seperti hilang kewarasan hingga terhanyut dengan cinta monyet.
Bukan mudah.
Bukan senang ingin berjual mahal.
Tetapi keyakinan ketika itu bahawa harga redha,cinta dan syurga Allah lebih mahal harganya menjadikan diri tetap tidak berganjak dengan pendirian.

Dan kini,
aku rasa tenang meski melihat ramai di kalangan wanita sebaya ku,
berkepit ke sana ke mari dengan seorang jejaka di sisi.
Meng'post' status di fb. Meng'tweet' dan di're-tweet'

Tapi
.....@-@.........
Tiada langsung rasa cemburu.
Tiada langsung perasaan iri hati
Kerna ku sendiri merasakan ruang hati ini sudah cukup terisi buat masa ini dan tidak kan mampu dirompongkan hanya untuk keseronokan dunia semata.

Kini, ku gembira,
kerna perkara yang membuatkan ku resah gelisah bukanlah kerana risaukan insan lain yang tidak patut difikirkan,
namun ku resah dan gelisah kerna masih pasti, amal ibadah masih belum cukup untuk ke syurgaNya,
dan ku tahu, perasaan itu hanya akan hilang dengan kuasaNya kerna Dialah jua yang mengutuskan rasa itu.

"The one who forget the past, will intend to repeat it." - Tan Sri Dr. Mahathir  *oppsss ^_^

Tak bermakna kita mempunyai zaman lampau yang kurang baik, itu menjadikan asbab untuk kita trus mencorakkan masa depan kita dengan perkara yg kurang baik.
Dan juga, tak bermakna jika kita mempunyai zaman lampau yang cemerlang, terbilang, itu menjadi tiket untuk masa depan yang cerah.

Kerana apa?
Because Everything starts with YOU!

Berhenti menyalahkan dan menunding jari ke arah orang lain,
kerna setiap langkah yang di atur,
setiap brand selipar yang dipakai,
malahan sebelah lain sebelah lain pun masih diri kita yang mengaturnya,
tiada sesiapa memaksa.

Dan juga kerana diri kita yang mengaturnya,
di akhirat kelak diri kita yang akan ditanya,
bukan orang lain, bukan makcik bedah jual nasi lemak sebelah rumah,
bukan abang posmen yang hantar surat + menyempat jual minyak,
bukan juga adik kita yang masih kecil sampai kepala power rangers pon digigitnya.

Your Life, You Decide.


-------------------------------------------------------------

As I walked through the path,
I realized that those memories have been given me strength through all this years
The one who tough me all kinds of things that I will never learn by myself.
The memories that leave a mark in my heart so that I will never forget.


Wallahu a'lam.


Comments

Popular posts from this blog

Nephohilia

Nikmat Itu Bukan Selamanya Milik Kita

Bertubi-tubi