Berubah is significant to Mujahadah
Pernah rasanya melalui fasa ingin berubah namun agak payah rasanya. Pernah rasanya memahami perasaan sedang cuba untuk berubah namun sering di ejek dan di patahkan semangat. Pernah rasanya air mata ini menitis lantaran kisah silam diungkit dan dibentangkan semula. Dan hingga kini kisah silam masih menghantui. Tapi itulah lumrahnya Kerna di saat kita nekad untuk berubah, ia bermakna kita sudah akur untuk bermujahadah melawan hawa nafsu Sekali sekala mengeluh keletihan itu memang biasa Tapi terus berputus asa dan berpatah semula? R.U.G.I lah jika sedemikan rupa "macam mana nak jadi baik?" "susah nak tinggalkan semua benda tu, ana dah cuba, tapi payah" Soalan itu adalah soalan yang lazim ditanyakan kini Dan ku berterus terang hingga kini aku juga masih bermujahadah Bermujahadah melawan hawa nafsu sendiri Bermujahadah agar akal tidak tunduk pada hawa nafsu semata-mata Bukan insan yang mahu berubah sahaja yang perlu bermujahadah, insan yang sudah berubah seperti alim ula