Dia dgn caranya, aku dgn caraku
In the Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful
Tepat jam 5.30 petang,
dewan mulai dipenuhi dengan makhluk2 ciptaanNya,
mulai memberikan sokongan yang jitu terhadap pasukan masing2.
Makhluk2 yg berlainan jantina lelaki dan perempuan.
Jika dilihat dari sudut skop yg luas,
mmg segan bagi seorang wanita muslimah utk bertanding dalam keadaan di mana puluhan mata memandang. Dan disbbkn itu, dia memilih utk tidak menyertainya krn mahu mnjga.
Terus refleks diri.
Apa ini bermakna aku tidak menjaga?
apa ini bermakna aku tidak sensitif tentang agama?
Pada pandangan ku, ini lah satu2nya cara untuk menyebarkan dakwah.
Melalui teladan yang baik.
Menutup aurat sempurna juga mampu memberi saingan dengan baik.
Menutup aurat sempurna juga mampu memukul bola dengan kemas, mengalahkan lawan yang kurang menutup.
Kata2 seorang ukhti tercinta meredakan hati, "awak dah bagi contoh yg terbaik utk semua, awak tutup semua tapi still awak mampu bertanding dalam acara sukan, teruskan usaha, akak tahu awak mampu"
Semangat perlu di pasak, biarlah aku dengan caraku, kerna yang menilai adalah Allah, kerna Allah tahu nawaitu dalam hati.
Wallahu a'lam
Majulah Sharifah untuk sukan IIUM!
ReplyDeleteMajulah Sharifah untuk berdakwah!
:)