Menutup atau Membalut?
Fesyen. Sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.
Dan segelintir atau kebanyakan manusia tidak mahu lepas dari turut serta terlibat dalam arus perkembangan fesyen itu.
Nah, lihat ini
Dan segelintir atau kebanyakan manusia tidak mahu lepas dari turut serta terlibat dalam arus perkembangan fesyen itu.
Nah, lihat ini
Cantikkan?
Memang cantik tapi sayang, kecantikan yang Allah kurniakan menjadi tatapan semua insan.
Mungkin ramai yang terfikir, nak cantik sebab orang lain tgklah.
Yeah, thats totally true. Mmg itu lumrah wanita. Untuk sentiasa tampak dan kelihatan cantik.
Tapi satu soalan, apa yang kalian rasa di saat insan2 yang lalu lalang memandang kalian dan bersiul dan membuat bunyi cicak?
"pheewwit, nak nombor " , " cantik dowh"
Rasa bangga?
Rasa cantik?
Kerna aku kalau disuit dgn bunyi cicak itu, rasa ada yang tidak kena dengan pakaianku sampai menarik perhatian orang lain.
Kadang2 terfikir,
"sengetke tudung aku?","senteng ke kain aku?"
Cantik itu amat subjektif.
Orang selalu kata,
lelaki cari calon awekss yang cun2 je, tapi bila sampai part cari calon isteri, calon awekss ditolak tepi,
sebab katanya x sesuei di buat isteri.
Nampak x rugi je berbelanja lebih untuk berfesyen berlebihan dan akhirnya x termasuk pon calon isteri orang.
*ok itu dah menyimpang.
Ramai sekarang tidak faham erti sebenar menutup aurat.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kurudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…” (An-Nur:31).
Ayat " ...........dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya...."
What more do we need?
Sudah jelas.
Sangat jelas.
Gambar di atas, none of them menepati syarat2 menutup aurat yang termaktub dalam Al-Quran,
kebanyakan wanita kini hanya membalut badan mereka dengan benang yang ditenun menjadi kain tanpa meletakkan Allah sebagai tujuan.
Jikalau begitu, samalah kita dengan bangsa2 lain,
apa istimewanya Islam kalau begitu?
Penganut kristian juga menutup kepala ketika majlis berkabung,
Penganut agama hindu juga kadangkala menutup kepala mereka ketika memakai sari.
Jadi apa beza nya kita dengan mereka?
” Sesungguhnya agama disisi Allah hanyalah Islam" ( 3: 19 )
Mengapa Islam? Semestinya sebab Islam tu special. tapi perlakuan kita kadangkala menidakkan keistimewaan Islam itu sendiri.
Islam itu indah tapi dicemari dengan penganutnya sendiri.
Lihat ini.
Bukti apa lagi perlu diutarakan?
Alasan apa lagi mahu digunakan?
X nak bagi Islam tu nampak kuno?
Itu sbb berfesyen hingga lupa mengikut kriteria syariat?
Jangan lupa, dunia yang kita diami sekarang ini juga merupakan dunia peragaan, cuma berbezanya there's only one prize dan pemenangnya bukan seorang sahaja. Its between Syurga dan Neraka. And this time, the One we're trying to please is Allah.
Tapi hakikatnya, semua insan terlena, to busy making other people pleased, hingga terlupa dan tidak peduli, samada Allah suka atau murka!
Sejujurnya, aku kecewa.
Bukan ingin menunding jari dan mengatakan diri aku sudah sempurna kerna hakikat sebenarnya hanya Allah yang mengetahui dosa2ku,
tetapi kerna ku begitu sayang akan saudara seagamaku.
Abu Hurairah r.a., berkata, Rasulullah saw. bersabda,
"Neraka diperlihatkan kepadaku. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Lalu, syurga diperlihatkan kepadaku, dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah orang-orang fakir." (HR Ahmad)
Saksikan sendiri, kebanyakan penghuni neraka adalah wanita. Aku khuatir aku menjadi sebahagian daripada golongan itu dan aku juga tidak ingin insan yang ku kenali dan sayangi turut tergolong dalam golongan itu.
Kerna apa?
kerna wanita itu fitnah terbesar dunia.
kerana wanita, lelaki yang segagah manapun, tetap tewas, even lelaki yang tiap2 hari ke gym menternak muscle pun tetap tewas dengan insan yang bergelar wanita.
Masih berbangga? *sigh~
Aku bukan berniat agar terus transform dari tudung bawal bidang 45 ke tudung labuh atau tudung bidang 60, aku cuma memohon agar menutup segala perhiasan yang ada.
Ku akui x semua wanita yang bertutup sempurna, mempunyai husnul kholiq,
ada juga yang kurang dari segi akhlak.
Aku juga akui aku masih ada banyak cacat dan cela
Tapi mengapa look from the dark side?
Kita bukan malaikat.
Menutup semua aurat bukan memberi makna bahawa kitasempurna.
The fact that they are still insan = annisyan = lemah.
Mereka menutup kerna mereka juga dalam proses bermujahadah.
Fikir semudah itu untuk memakai tudung labuh?
Banyak yang perlu dikorbankan, banyak air mata juga yang tewas.
Fikir kami tidak diuji sebab tu kami berpakaian sebegitu?
Semakin dekat kita dengan Allah semakin hebat ujian yang Allah beri.
Macam main video game, level 1 senang2 je obstacles dia.
Naik level 2 susah sikit.
Final stage? Lawan dengan bos.
Nampak x?
Di saat insan sekeliling berpakaian liplapliplap,
terasa macam " i don't belong here"
Tapi seorang sahabat ku mengingatkan
“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma) *favourite one
Alien pon alien lah.
Kuno pon kuno lah.
Paling penting Allah suka <3
dan percayalah, berbeza perasaan itu saat kita sempurna menutup aurat dengan tidak.
Tenang. Cukup tenang.
Dan pakaian itu kadangkala memberi kita kekuatan untuk kekal baik sebagaimana pakaian kita.
Dan kadangkala meniupkan kekuatan untuk terus bermujahadah.
Sungguh kita sangat istimewa, sangat cantik.
wallahu 'alam
p/s : Di saat kematian kita, kita akan DIBALUTI dengan kain putih. Sempurna. Tutup tanpa menampakkan mana2 aurat. Nak tunggu saat itu baru nak tutup aurat? ^_^
Comments
Post a Comment