Straight To My heart
bukan hiasan semata-mata |
Pernah rasanya hati sesak
sesak sepertimana diri rasa ingin benar menangis sekuat hati
namun tidak tahu apa puncanya
semuanya kelihatan baik sahaja
tapi hati ini.....
segumpal darah ini terasa tidak tenang
Pernah rasa di saat kita benar-benar mahukan seseorang untuk meluahkan,
tapi kelihatan seperti semua sibuk dengan urusan masing-masing.
Atau lebih tepat lagi gembira dengan urusan masing-masing.
Allah sentiasa ada.
Memang benar, itu memang benar.
Tapi tipulah kalau kata hidup complete tanpa ada insan lain.
Hati ini seperti ada compartment yang specific.
Tiada satu, ia akan terasa kosong.
- Allah
- Rasulullah
- Al-Quran
- Keluarga
- Sahabat
- Ilmu
Di saat ini, terasa compartment sahabat itu rompong
Mungkin salah sendiri yang kurang bertegur di fb atau sms
Segan untuk menghubungi sahabat yang jauh
Tapi Demi Allah, hati ini amat merindui kalian
mungkin rindukan insan yang mampu mentafsir hati dan air muka tanpa perlu membuka mulut
yang risau tatkala kelibat tidak kelihatan di kelas mahupun di dorm
yang khuatir bilamana kita menyepi terlalu lama tanpa berita
Dulu aku terasa kuat,
kerana hatiku terasa lengkap,
lengkap dengan kasih sayang dan keprihatinan drpd kalian,
tapi sekarang,
air mata yang keluar sangat jarang, boleh dikira dengan jari,
tapi sekali ia gugur,
hanya Allah yang tahu jumlah air mata yang gugur.
Dulu di saat terjatuh,
ada kalian yang memberikan semangat.
Kerna dulu, sorang ada masalah,
semua tahu. Semua hadir memberikan kata semangat agar kembali berdiri tegak.
Oleh itu demi Allah, aku amat menyayangi kalian,
aku bukanlah jenis yang akan sering menghubungi,
aku bukanlah jenis yang akan sentiasa meluahkan apa dirasa,
aku bukanlah jenis yang akan sentiasa ke hulu ke hilir bersama kalian,
dan ku akui itu kelemahanku.
Maafkan daku seandainya diri ini tidak memelihara dengan sebaiknya ukhuwah yang sudah lama terbina.
Doaku moga kalian bahagia tidak kan pernah putus.
Jika tiada kesempatan kita bertemu di dunia, mungkin di syurga nanti. InsyaAllah.
“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya." (Riwayat Abu Daud)
Comments
Post a Comment