1 # BLIND
بسم الله الرحمن الرحيم
"Ya Allah, bantulah aku untuk dapat mengingati-Mu, mensyukuri-Mu, dan beribadat dengan baik kepada-Mu."
Buta lebih merujuk kepada mata.
Mungkin juga diriku sendiri.
Liqa' baru-baru ini benar-benar terkena,
Ramai yang tertanya bagaimana insan-insan yang tiada nikmat penglihatan meneruskan kehidupan mereka.
Mungkin juga ada yang kasihan kerana memikirkan golongan-golongan ini hilang satu nikmat yang cukup berharga,
tetapi mungkin kita tidak menyedari,
di saat mata mereka buta,
hati mereka menjadi sangat terang.
Mungkin lebih terang dari sang purnama dan sang mentari,
dan mungkin lebih dekat denganNya.
Kerna apa?
Kerna Allah melindungi mereka dengan mengambil nikmat penglihatan mereka,
melindungi mereka dari dugaan di dunia yang ramai celik mata sudah terpedaya.
Terlalu leka dengan dunia yang dilihat indah melalui nikmat mata ini.
Hakikatnya dunia ini hanyalah persinggahan semata.
terkena batang hidung sendiri,
cukup menyedarkan selama ini aku sudah buta memandang dunia,
buta kerana sibuk dengan masalah sendiri, sibuk memikirkan kesengsaraan diri *kononnya
sedangkan umat sangat memerlukan sang mujadid dan mujahidah yang sanggup berkorban jiwa dan raga.
" Apa yang awak dah beri untuk Islam?"
Termanggu sebentar, cukup penat cuba memerah otak memikirkan, pernahkah?
Benar, selama ini aku hanyut dengan istilah diri sendiri,
hingga terlupa tujuan sebenar di dunia.
Aku menjadi insan yang BUTA,
bukan buta penglihatan,
tapi BUTA HATI.
dan itu jauh lebih kasihan daripada insan yang buta penglihatan.
*Ilham 9 Disember 2012
Blackout selama 5 jam 8.00 pm - 1.00 am*
Comments
Post a Comment