Posts

Are you sure you are a LEADER?

Bila merasakan kau terus-terusan melakukan kesilapan Bila seakan-akan segala yang dipertanggung jawabkan kepada kau berada di luar kawalan Dan kau tertanya mengapa dan di mana salahnya Dan ada satu suara berbisik, mungkin diri kau sendiri yang menjadi punca Kerana khilaf diri, kerana diri yang terlalu banyak dosa Dan sekali lagi diri tertanya Mengapa pada awal lagi kau tidak menyerahkan kuasa Dan sehingga tahap ini baru kau merasakan penyesalannya Tapi kau lupa Atas sebab apa kau menerima tawaran itu pada satu ketika dahulu Kau patah semangat memikirkan tiada perubahan baik yang kau bawa sepanjang kau memegang amanah itu Tapi apa kau fikir semuanya akan menjadi lebih baik SEANDAINYA bukan kau yang memegang amanah itu? Seandainya...hanya seandainya Jangan kata kau mempersoalkan taqdir Allah Jangan kata kau menyesali keputusan yang telah Allah pimpin Being a leader does not mean that you're already perfect It is just an opportunity that He gave for you to becom...

Bertubi-tubi

Hadir satu persatu Belum sembuh sepenuhnya dan dihadiahi lagi dengan kejutan yang seketika membuatkan diri terduduk Untuk seketika tidak mampu berdiri semula Untuk seketika tidak mampu berkata-kata Untuk seketika hilang punca Di salah erti Dipandang buruk Hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu apa dan mengapa Kata mereka Biarkanlah Cukup Allah sahaja yang tahu Biarkanlah Moga Allah terus menjaga kita Saat kewarasan diri seolah diragui Saat maruah dan nama baik terasa dipijak-pijak Hati mana yang tidak luluh Hati mana yang tidak sedih Namun ujian Allah beri sebagai wasilah untuk membaiki diri Membaiki apa yang perlu dibaiki Menampal mana-mana kerompongan diri Ada hikmah di sebalik segala yang terjadi Menarik kembali diri untuk tetap dekat dengan Ilahi Mungkin ini masa kau bermuhasabah Merenung segala amalan yang telah dilakukan Ujian itu sentiasa menguatkan dan bukan melemahkan Sentiasa bersyukur Allah masih memegang hati ini

Deepest Heart

Seketika berasa sangat bersalah Risau menyakiti hati Risau disalah erti Risau diragui Tapi atas kerana yakin dengan takdir Ilahi Kerana aku yakin ada sebab mengapa Allah mengutuskan rasa ini Rasa tidak senang hati ini Rasa yang hanya akan hadir saat aku telah melakukan sesuatu kesilapan mahupun sedang melakukan kesalahan itu Bukan mahu menolak fitrah Bukan juga menyalahkan atas rasa yang hadir Tapi aku punya keinginan sendiri Aku punya matlamat ku sendiri Aku punya angan-angan ku sendiri Sukarnya bermujahadah melawan perasaan sendiri Tapi ku mohon Teruskan bermujahadah hingga tiba satu saat yang ditakdirkanNya Mohon ku pinta Janganlah dikau hadir sebagai ujian dari Allah Mohon dikau bukanlah insan yang Allah utuskan sebagai peringatan dari Nya Kerna ku sejujurnya mahu ia kekal selamanya Angan-anganku cuma mahu ia sempurna Angan-anganku mahu ia suci dan diredhaiNya Jangan terlalu asyik Jangan terlalu dibuai dengan dunia Kerna hakikatnya terlalu banyak tanggu...

Older, Wiser, Stronger

Zaman sekolah, seringkali didedahkan dengan Halawatul Iman Tanda-tanda kemanisan iman Dan salah satu darinya adalah mencintai insan lain lebih dari dirinya sendiri Sabda Rasulullah SAW : "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim) Masih muda, masih mentah, masih belum jua matang menggunakan akal fikiran Tiada kesan dalam diri ITHAR Apa itu ithar? Melebihkan insan lain, lebih dari keinginan diri sendiri Saat insan lain memerlukan dan kita juga punya keinginan lain, lantas keinginan diri diketepikan dan lantas membantu insan yang memerlukan 12 September 2015 Hari yang cukup bersejarah Bukan buat insan lain, tapi buat d...

Hanya Allah

Andai satu masa tiba Dan kau terasa benar-benar berat hati untuk melaksanakannya Tetapi kau perlu juga Atas dasar tanggungjawab Kau wajib patuh dan akur Andai kau tak mampu merelakan hati atas dasar sayang Andai atas dasar kekeluargaan kau tetap terasa mahu ingkar Pandang yang di atas Minta kekuatan Pandang yang di atas Minta hati ini merelakan Buatlah atas dasar kerana Nya Yakin segala yang kau lakukan ada ganjaran di sisi Nya asalkan niatmu ikhlas Kau berbeza kerana Allah memilihmu Kau berbeza kerana Allah mahu menambah lagi amalan buat bekalanmu di akhirat kelak 'Sebaik-baik insan adalah yang bermanfaat kepada insan yang lain' Teruskan berbakti Selagi punya kudrat Selagi diberi peluang Syurga menantimu, pasti!

Chill lah

Tanggungjawab itu mematangkan diri Meski usia masih muda namun saat diberi amanah memikul tanggungjawab lama kelamaan akal akan menjadi lebih matang berfikir Kadangkala bukan secara sukarela tetapi paksa rela Tapi aturan Allah Subhanallah Setiap yang disusun pasti ada hikmahnya Namun sejujurnya Seusia ini, masih berjiwa muda Kadang darah cepat sahaja panas Dan kesudahannya, banjir seketika Seusia ini, masih ada keinginan sendiri Dan ada masa yang mahu diluangkan untuk diri sendiri persis seperti generasi muda yang lain Dan kadangkala kerana adanya tanggungjawab itu, seakan-akan ada batasan untuk segelintir perkara Seusia ini, masih mahu dianggap seperti anak kecil Masih mahu dibelai Masih mahu dipujuk saat hati terguris Tanggungjawab itu mematangkan diri namun masih kasih sayang itu perlu Kerna hakikatnya, I''m an under-age Dan seketika menerima semangat dan kata-kata dari mereka Hati terubat meski lelah, meski sudah terguris sedikit, meski sudah air ma...

Love them as they have been always do

Sanah Helwah Selamat Hari Lahir Happy Birthday Saeng il chuk ha ham ni da Pelbagai bahasa boleh diungkapkan atas ingatan kita terhadap seseorang atas penambahan umurnya Tapi, saat umur kita bertambah, makin dekat kita dengan saat itu, saat yang pasti Tinggal bersama pasangan yang sudah lanjut usia yang juga merupakan nenek dan atuk sendiri mengajar banyak benda “Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur) maka (ketahuilah) bahawasanya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetas mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya, dan yang tidak sempurna, agar kami jelaskan kepada kamu, dan Kami tetapkan (sesudah itu) dalam rahim apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami ke luarkan kamu sebagai bayi, kemudain (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antaramu ada yang diwafatkan, dan (ada pula) di antaramu yang dipanjangkan umurnya sampai ...