Deepest Heart
Seketika berasa sangat bersalah
Risau menyakiti hati
Risau disalah erti
Risau diragui
Tapi atas kerana yakin dengan takdir Ilahi
Kerana aku yakin ada sebab mengapa Allah mengutuskan rasa ini
Rasa tidak senang hati ini
Rasa yang hanya akan hadir saat aku telah melakukan sesuatu kesilapan mahupun sedang melakukan kesalahan itu
Bukan mahu menolak fitrah
Bukan juga menyalahkan atas rasa yang hadir
Tapi aku punya keinginan sendiri
Aku punya matlamat ku sendiri
Aku punya angan-angan ku sendiri
Sukarnya bermujahadah melawan perasaan sendiri
Tapi ku mohon
Teruskan bermujahadah hingga tiba satu saat yang ditakdirkanNya
Mohon ku pinta
Janganlah dikau hadir sebagai ujian dari Allah
Mohon dikau bukanlah insan yang Allah utuskan sebagai peringatan dari Nya
Kerna ku sejujurnya mahu ia kekal selamanya
Angan-anganku cuma mahu ia sempurna
Angan-anganku mahu ia suci dan diredhaiNya
Jangan terlalu asyik
Jangan terlalu dibuai dengan dunia
Kerna hakikatnya terlalu banyak tanggungjawab yang belum terlaksana
Biiznillah insya Allah
Rancangan Allah sentiasa sempurna
Tetap yakin
Teruskan berdoa
SUSHA-H

Comments
Post a Comment