Freeze?
Sakit
Pelbagai cara boleh digunakan untuk mentafsir perkataan ini
Baik sakit dari segi fizikal, mahupun mental, mahupun emosi
Dan ada kala kau tertanya, mengapa sakit ini datang dan pergi
Mengapa perlu hadir nya sakit ini ketika kau betul-betul yakin ia takkan kembali lagi
Jikalau yang sakit itu hati,
Mana mungkin kau mampu menghalang rasa yang menyelubungi
Jikalau yang sakit itu hati
Mana mungkin kau mampu meneka dan cuba menghalang dari ia disakiti
Kerna hati itu sentiasa berbolak balik
Kerna yang arif tentang hati ini bukan lah tuan yang mengawal pergerakan badan
Tetapi Tuan yang mencipta seluruh dan setiap inci anggota badan
Ada sebab, pasti. mengapa hati ini tiba-tiba terusik
dan air mata yang gugur lantaran hati yang sudah terusik, pasti itu rencana Nya
Lepaskan rasa yang terbuku
Jangan sesekali kau membeku
Terus bermujahadah dan jangan mengalah
10 Ramadhan 1437H
Comments
Post a Comment