Dunia ini jelas sudah di penghujung Bila mana semua yang benar dipandang pelik Benar, kita sudah tidak banyak masa Suatu petang menemani adik ke playground Sepasang 'kekasih' sudahpun berada disitu sebelum ketibaan kami Dan untuk aku yang bersendirian menemani adik yang berkobar-kobar untuk main di taman, dipandang pelik seakan-akan ada yang tidak kena Dan ku rasakan, adakah kerana tiada lelaki di sisi? Atau kerana aku tidak ralat dengan phone dan seronok menikmati air nescafe sambil duduk memerhati adik yang leka bermain buaian Dunia kini, dating itu biasa kehulu kehilir seperti belangkas itu biasa Lunch bersama itu biasa Tidak pernah keluar bersama itu rare Tidak dating itu rare Dan melihat sahabat-sahabat sendiri Kadangkala ku juga turut tertawa dan turut serta dalam pakatan menyakat Tapi ada sampai satu tahap Hati ini rasa sesak Sesak dengan persekitaran yang sebegini Fitrah untuk tertarik kepada lainan jantina Tapi tidak bermakna kau tidak punya kuasa ...
Comments
Post a Comment