1# KUFU
"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, 'Wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah engkau mendapatkan yang kuat agamanya, nescaya selamatlah kedua tanganmu." ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) sekufu ataupun kufu yang dititikberatkan dalam Islam ialah kufu dari sudut agama . Umur kita sentiasa bertambah dari hari ke hari Aku juga tidak terkecuali Dulu ketika berumur 15 tahun Rasa jauh lagi perjalanan Lama lagi baru aku perlu memikirkan soal ini semua Namun pejam celik pejam celik, aku sudahpun hampir mencecah umur itu Menghadiri majlis walimah saudara mara seiring dengan perkembangan hidupku Kalau dahulu akal ku masih belum matang Masih belum mampu memikirkan itu dan ini Namun kini, aku sudahpun matang Sudah cukup matang untuk berfikir sendiri segalanya berkat nikmat iman dariNya Dulu aku tidak mahu ambil pusing soal keturunan ini semua Tapi kini aku rasa tertekan Bukan tertekan kerana dipaksa...