Posts

Hang On

Image
Deep inside, you never meant to bother other peoples life. Especially when they didn't need us When they need our help, we will be the first person to lend a hand and help them. Cause they're the ones who are really important for us But the fact that kita je yang selalu peduli pasal mereka while they never even bothered about us is just too 'menyakitkan' Do we exist in their world? Or we're just some sort of puppet? Kalau satu hari nanti kita hilang, pedulikah mereka? Kalau satu hari nanti kita menyepikan diri tanpa khabar berita, risaukah mereka? Soalan-soalan seperti ini kerap muncul bila kita sedar kita akan risau kalau mereka hilangkan diri dan tiada khabar berita. To hang on and to remain strong tu bukan senang Kadang ada masa kita akan rasa lemah semula Selalu kena pujuk diri hidup ni bukan untuk manusia Hidup ni untuk Allah Hanya untuk Allah Kita memberi bukan untuk dapat apa-apa balasan Kita berkorban bukan untuk disanjung Jadi biarlah, biarlah...

Ada aku kesah

Bersedih kerana sikap manusia terhadapmu Terguris lantaran cara manusia melayanmu Sikap yang sesuka hati ingin memaki hamun Sikap yang sesuka hati ingin menarik muncung sedepa Seolah-olah dirinya paling malang Seolah-olah masalahnya paling menyakitkan kepala Diri ada masalah,jadi perlu kah orang lain juga terkena tempias masalahmu? Diri bersedih, jadi perlukah insan lain merasa sedih dengan cara dikau melayan mereka? Sedarlah, Bukan dikau seorang punya masalah Bukan dikau seorang ada hati yang berperasaan Jangan terkejut jika satu hari manusia lari dari mu. Kerna sejujurnya terasa lelah,letih,penat,exhausted Letih mahu terasa hati Letih mahu pujuk kembali hati yang terluka Jangan sampai ada yang tampil berkata "Ada aku kesah dgn masalah kau?" Kerna itu bermakna you're way beyond the limit Belajar kawal perasaan. Kerna kita hidup dalam jemaah dan saling bergantungan.

Usaha disamping berdoa

Ditarik nikmat sakit bukanlah satu perkara kecil lebih-lebih lagi jika anda menggalas tanggungjawab yang pelbagai. Dan kerna nikmat sihat itu ditarik, anda hanya mampu melihat. Tiada kudrat, dan terbaring lemah. Menitis air mata melihat ummi walid bersusah payah mengemas, menjaga makan minum kami yang sakit. Datang tepat pada waktu untuk memberi makan dan ubat. Jadi, jangan terlalu dilayan tekak yang payau, jangan terlalu dianak emaskan sangat hilang selera kerana semua makanan terasa pahit. Doa itu perlu tapi usaha juga perlu Usahalah untuk sihat

Random

Silap percaturan Bear in mind this thing "Never treat people how you wanted to be treated, but treat them how they wanted to be treated" Bukan mudah Bukan senang Kerna hakikatnya bukan mudah memahami insan lain selain diri sendiri Tapi sebaik-baik ukhuwah adalah melebihkan sahabat bukan?

Dulu-dulu

Dulu-dulu Kita main bola bersama, pintu rumah jadi gol anisah dan pintu dapur jadi pintu dapur abang muadz Main sampai ada pasu ummi yang terkorban Dulu-dulu Kita lumba dengan cabaran "siapa lambat pegang ummi dia anak keling" dan semestinya atia orang terakhir yang sampai Dan jadilah dia sentiasa anak keling Dan mulalah sesi merajuk sebab tak mahu jadi anak keling Dulu-dulu Kita main playstation bersama Main game FIFA Abang ajak Barangkali bosan main seorang diri Dan banyak kali dimarahi sebab skill main anisah masih low (Sekarang dah pro *kening-kening) Dulu-dulu Kita sekapal liat nak bangun sahur Ulang alik ummi naik masuk bilik kejut sorang-sorang Dan abang anas paling legend liat dia Sampai ummi datang bawak air milo untuk abang anas sahur Dan untuk kita yang masih kecil Walid akan dukung bawak turun dapur Lauk wajib sahur : Daging burger sorang satu, nasi goreng dan air milo Dulu-dulu Penat seharian berpuasa Ummi kesian Ummi suruh berbuka Tapi jiwa kental ...

Please, Jangan Kufur Nikmat

Usai solat 'Isyak berjemaah, sudah menjadi rutin kami duduk lay-on-the park berbual-bual, merepek, berbincang yang kadangkala bukanlah isu yang munasabah Aku, ummi dan adik Terlalu geli hati dengan telatah ummi sampai menangis kerana terlalu geli hati, muka menjadi merah persis tomato (hiperbola sebentar) Terhenti sebentar niat untuk solat sunat Usai solat sunat, ada satu perasaan sebak yang hadir. Sekali lagi air mata menitis, menitis atas rasa syukur dengan nikmat yang Allah kurnia. Nikmat untuk merasai adanya keluarga. Nikmat untuk merasai kasih sayang ini Sungguh kalau dihitung, di flash back semula kisah silam, pastinya tidak layak ku miliki ini semua. Hari-hari yang aku lalui, ku sedari betapa banyak dosaku. Namun masih Allah terlalu penyayang, terlalu pemurah Jadi, Tolong, Tolong dan Tolong Jangan Kufur dengan Nikmat yang Allah beri

Stay Strong

"The minute you feel like you cant take it anymore, go spend a little time with Allah, talk to HIM in your prayers, HE hears every word" Bukan "...spend a little time with Allah..." tapi sepatutnya "spend your time only with and for Allah" Kerna through ups and downs hanya Allah yang benar-benar memahami. Kerna di saat tiada siapa mahu membantu, He will always be there, willing to lend his hand "Know that sometimes Heartbreak happens just to push you to Allah" - Yasmin Mogahed Kini, ku mengerti. Kini, ku mula faham. #Road Towards Ramadhan [Gotong-royong bersihkan hati]